Thursday, January 13, 2011

Blog akan berpindah ke laman baru

Dengan sukacitanya, saya pemilik blog ini akan memindahkan blog ini ke laman blog yang baru dengan perbincangan yang lebih menarik.

sili klik sini>>>> http://wandaries2.blogspot.com

Friday, February 19, 2010

mengumpul kata-kata hikmah


salam kepada semua pembaca... entry kali ini aku mahu kite berkongsi sebrape byk kata hikmah yg kita perolehi untuk berkongsi bersama-sama. di sini aku bg bebrape koleksi kata-kata hikmah yang aku kumpul selama ini....

1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian
2. Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
3. "Teman Sejati Bukan Yang Selalu Dekat Di Mata, Dekat Bicaranya Tetapi Dia Yang Setia Di Hati Dan Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya..."
4. "Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari..." -Umar al-Khattab
5. Petikan hikmah Imam Al-Shafie
1.Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh sifat takwa,maka tidak ada kemuliaan baginya.
2.Perhiasan ulama ialah takwa,keelokkannya adalah akhlak terpuji dan kecantikkannya adalah sifat murah hati.
3.Tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu kecuali menuntutnya dalam kekurangan.
4.Tidak ada aib lebih buruk kepada ulama selain daripada kesukaan mereka kapada perkara yang tidak disukai oleh Allah.
5.Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang mendatangkan manfaat.
6.Mencari kemewahan duniawi adalah seksaan kepada ulama.
7.Sesiapa yang merasakan diri lemah,maka dia akan memperoleh istiqamah.
8.Sesiapa yang ingin hati ditenangkan oleh Allah,maka hendaklah dia bersendirian, mengurangkan makan,tidak bergaul dengan orang jahat,dan tidak bersama-sama orang berilmu yang tidak insaf serta beradab.
9.Tidak ada kegembiraan setanding nikmat sahabat dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat.

Tuesday, February 2, 2010

Cebisan kenangan bersama beliau.




Pada malam ini aku masih teringatkan arwah atok aku yang hampir sebulan meninggal dunia. Aku memanggil atok aku dengan panggilan bak. Aku lah cucu yang sangat degil dan nakal. Aku ingat lagi sewaktu aku kecil, bak lah yang menjadi tempat bergantung aku. Hal ini disebabkan aku tidak mempunyai atok lelaki selain beliau. Aku amat rapat dengan bak. Ke mana bak pergi mesti ada aku. Setiap kali aku menolongnya aku pasti akan mendapat upah sebanyak RM1. Maklumlah, pada zaman kanak-kanak RM1 tu mewah. Untuk makluman semua bak bukanlah seperti orang yang normal. Bak mempunyai satu penyakit sendi yang menyebabkan sendi-sendinya tidak boleh lurus. Orang kampong selalu memanggilnya dengan panggilan Haron dengkot. Yang aku respect pada arwah, semua orang kat Segamat kenal beliau, tidak kira peringkat umur.



Tanggal 28 Disember 2009 lebih kurang jam 9 pagi bak telah diserang angin ahmar. Pada mulanya aku tidak mengetahui sebab kenapa die mengejang secara tiba-tiba. Aku dengan keadaan panik dan tidak tahu hendak berbuat apa-apa hanya membaringkan arwah ke atas katilnya semula. Hampir 2 jam bak mengejang, anak-anak, menantu dan cucu hanya bacakan surah Yasin sahaja. Sehinggalah belah petang doktor datang ke rumah dan mengesahkan bak menghidap angin ahmar dan perlu mendapatkan rawatan di hospital dengan segera. Tanpa berfikir panjang, uda (anak ketiga kepada bak) dan ayahku (anak kelima kepada bak) memanggil ambulans dan segera membawa ke hospital. Pada waktu malam tersebut aku telah menemani arwah di hospital. Aku terasa sedih bila lihat beliau di hospital. Dengan tidak makan seharian beliau bagaikan ingin memberi tahu aku sesuatu. Tetapi tidak terdaya akibat bunyi suaranya tidak terkeluar langsung. Aku biarkan malam itu berlalu dengan sayupnya. Aku teringat, selepas hari berikutnya beliau di masukkan ke hospital beliau bagaikan berada di tempat lain. Pada waktu itu, arwah ketawa dan tersenyum. Anak-anak, menantu serta cucu yang berada di situ hanya dapat melihat gelagat arwah.

Pada malam tahun baru aku sekali lagi menemani arwah di hospital. Pada malam itu arwah cukup resah. Aku mulai perasan dengan keresahan arwah menyebabkan dada aku terdetik satu pertanyaan. Adakah malam itu beliau akan pergi meninggalkan dunia ini? Kerisauan membuatkan aku tidak boleh tidur pada malam itu. Aku berasa lega malam itu bukanlah hari-hari terakhirnya. Tapi malam itu merupakan malam jumaat yang terakhir baginya. Pada 2 Januari 2010 aku ingin pulang ke kampus selepas seminggu aku meninggalkan kuliah. Sebelum pulang ke kampus aku jumpa dengan arwah. Perasaanku berat sekali sewaktu ingin berpisah dengan beliau. Akan tetapi aku biarkan perasaan itu bermain di tepi. Rupanya kucupan yang aku berikan pada waktu itu merupakan kucupan terakhir aku kepada beliau. Pada hari berikutnya, arwah telah meninggalkan tanda-tanda yang mengatakan beliau ingin pergi jauh dari sini. Akan tetapi seorang pun daripada ahli keluarga aku tidak memberitahu aku.



Tanggal 4 Januari 2010 lebih kurang jam 1.15 tengah hari aku mendapat panggilan atas permergian arwah buat selama-lamanya. Aku rasa lemah satu badan sewaktu aku mendapat berita tersebut. Aku meraung sekuatnya swaktu berada di atas motor. Tanpa membuang masa aku memohon rakan ku yang mempunyai kereta untuk membawa ku pulang ke Segamat. Aku memecut keretanya dengan pantas sekali. Sewatu di dalam perjalanan aku sempat memberi pesan kepada mak supaya tidak dikebumikan arwah dengan cepat. Akan tetapi aku rasa kecewa setiba aku di Kemaman aku mendapat berita arwah sudah dikebumikan. Di dalam hati aku sebak yang tidak terkata sebaik aku diberitakan mengenai arwah telah dikebumikan. Aku rasa bagai hilang arah. Aku tidak dapat mengucup arwah buat kali yang terakhir. Patutlah pada hari Sabtu sebelum aku pulang ke kampus, aku terasa berat untuk tinggalkan arwah. Akan tetapi disebabkan pembelajaran aku terpaksa pulang. Aku masih mengingati arwah walaupun hampir sebulan beliau meninggalkan dunia yang fana ini. Setiap kali sepi menyelubungi diri ini pasti teringatkan arwah. Hanya memori bersama arwah sahaja yang bermain di fikiranku sekarang ini. Mungkin cucu-cucu arwah yang lain tidak terasa sangat. Tapi aku dapat rasa kehilangan arwah. Aku ingat lagi sewaktu arwah sakit sebelumnya, aku banyak menghabiskan masa dengan arwah di hospital. Disebabkan itulah aku rapat dengan arwah.

Ya Allah di malam yang hening ini aku berdoa agar engkau tempatkanlah arwah atok aku di tempat-tempat orang yang soleh. Kau tabahkanlah hati hambamu ini dalam menempuh dugaan dalam hidup ini.

Biarkanlah kenangan itu hanya tinggal kenangan di dalam memori dan sanubari aku. Bak, along masih sayangkan bak. Along rasa menyesal sebab balik pada kali terakhir along mencium dahi dan tangan bak. Along masih kesal kerana tidak dapat mengucup bak sebelum bak masuk ke alam lain. Yang along boleh bantu dengan sedekahkan Al-Fatihah dan surah Yassin untuk bak. Terima kasih bak selama ini memberi kasih sayang kepada along dengan tidak terkira.

(2 Februari 2010, Selasa, 2:30 pagi)


pembaca yang budiman aku mengharapkan kamu sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah atok aku.... terima kasih yang tidak terkira.

Wednesday, December 30, 2009

suka duka 2009



hampir beberapa jam lagi kita akan melabuhkan tirai 2009 dan akan membuka tirai tahun yang baru. bersyukur kepada ALLAH kerana kita masih dipanjangkan umur sehinggapenghujung 2009. banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup ini sepanjang untuk mencari erti sebuah kehidupan. mengimbau kembali suka duka sepanjang 2009 telah membuat aku menagis sendirian. sepanjang tahun ini aku telah melakukan banyak dosa. memang kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan. dan kesalahan itu haruslah diakhiri dengan penyesalan dan taubat kepada ALLAH.



aku bersyukur sehingga sekarang aku diberikan nyawa untuk mencari erti sebuah kehidupan yang sebenar. perjalanan hidup aku yang hampir menuju 22 tahun mat mencabar. dan aku ingin menuruskan perjalanan hidup ini untuk memberikan kebahagian kepada orang yang paling aku sayangi. itulah matlamat aku pada mase akan dtg.



semuga sinar 2010 memberi hidup baru dalam perjalanan mencari makna kehidupan yang sebenar. sekiranya aku membuat salah pada tahun 2009, diharapkan anda semua memaafkan kesalahan aku. halalkan makan minum aku sepanjang perkenalan kita semue. be happy 2010....

Saturday, December 12, 2009

1:52 a.m


aku masih tidak dapat memejamkan mata. aku asyik berfikir mengenai seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku sejak kebelakangan ini. aku menyayanginya lebih daripada segalanya. aku takut kehilangannyajerana dielah yang membuatkan aku gembira setiap hari. akan tetapi ada perkara yang tidak di duga berlaku. die disahkan oleh doktor, menghidapi penyakit barah otak peringkat ketiga. aku amat kagum dengan dia, walaupun sedang menanggung kesakitan die masih lg mampu tersenyum dan membuatkan aku tertawa. diejugacukup kuat sehinggakan penyakit yang dihidapinya hanya aku dan akaknya sahaja yang tau. ibu bapanya langsung tidak mengetahuinya. die x nk meyusahkan ibu bapa serta x nk buat mereka lagi sedih. sekrang ini hanya aku sahaja yang memberi sinar harapan die untuk terus hidup. aku berdoa agar dia selamat dari penyakitnya dan aku dapat berjumpa dengannya.

wahai pembaca blog yang budiman, aku memohon agarpembacasemua berdoa agar orang yang aku paling sayang ini akan panjang umur dan selamat daripada segala penyakit. aku takut kehilangannya kerana aku amatsayang terhadapnya. tolong ye pembaca sekalian. aku bermohon sangat. semoga jasa baik pembaca di balas dengan pahala kerana mendoakan kesejahteraan umat islam.....

Friday, December 11, 2009

pedoman semua


Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah" (Petikan Kitab Imam Ghazali).
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat" (Petikan Kitab Imam Ghazali).
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan" (Petikan Kitab Imam Ghazali)

muhasabah cinta



Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu

Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu

Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku

Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu

Back to Reff: