Saturday, November 15, 2008

Diari seorang sahabat



Sedikit rasa tertekan apabila mengingatkan kisah silam yang penuh dengan titik hitam dalam diri ini. Sejak berumur 12 tahun titik hiam itu terus membelenggu diri ini. Tiada sesiapa mengetahui hal ini kecuali diri ini dan dia. Titik hitam ini terus menyelubungi diri ini sehingga sekarang. Agak sukar untuk diri ini berpatah balik ke pangkal jalan. Setiap kali diri ini hendak pulang ke pangkal jalan ada sahaja orang baru yang muncul untuk menghanyutkan diri ini lebih jauh. Terkadang ingin merasakan masalah ini dibawa kepada pihak kaunselor ataupun alim ulama'. Akan tetapi, diri ini takut untuk menerima cacian daripada ramai pihak. Sejauh manakah diri ini boleh pergi dengan segala peristiwa hitam ini. Jikalau boleh ingin putarkan kembali ke masa lampau agar segala peristiwa hitam itu dapat ditangani oleh diri ini. Sekarang hanya yang boleh diri ini lakukan adalah dengan berdoa agar tidak menyimpang jauh dari landasan.

Cacatan Diari seorang sahabat.

Tuesday, November 11, 2008

kesepian yang selalu menyelubungi hidup

Kebalakangan ini aku sering merasakan jiwa aku seperti kosong. Aku tidak mengetahui apa kehendak hati ini. Hati ini selalu mengatakan sesuatu, akan tetapi aku tidak dapat mendengar kata-kata yang selalu diungkapkan oleh hati ini. Aku sering berasa kesunyian kebelakangan ini. Aku merasakan seperti aku hidup seorang diri tanpa teman. Walaupun teman-teman aku ada disekeliling, aku tetap terasa sunyi. Adakah ini dinamakan penyakit kemurungan? Apa yang aku hajati sekarang ini hanyalah seorang sahabat sejati yang boleh menggembirakan aku seperti dulu. Aku memerlukan die pada waktu yang genting ini. Aku tidak mengetahui cara menangani masalah aku ini. Aku harapkan pada minggu hadapan aku akan pulang ke kampung untuk bercuti. Aku harapkan kespian ini akan terubat sekiranya bersama keluarga tercinta.

Wednesday, November 5, 2008

kesedihan yang tidak dapat dielakkan....

Kebelakangan nie aku terasa sedih yang teramat sangat. Aset yang paling aku sayang dah mula rosak. Aku rasakan kehilangan besar tanpa aset tersebut. Bila aku bawa aset tersebut ke kedai, kedai tersebut mengatakan kalo hendak dibetul perlukan sehinggan RM 200.00+++. Kenapalah selepas setahun aku memiliki aset tersebut boleh rosak? Aku rase sedih yang teramat sangat. Selama setahun nie, aset tesebut r yang banyak membantu aku dalam semue tugasan. aku amat berbangga dengan barang tersebut. Akan tetapi kini, barang tersebut tidak sebaik dulu lagi. Kualitinya mula menurun dan membuatkan penghasilannya sehampeh kelapa. Erm....
camne ae nak buat???? Korg mst tensionkan? Aku langsung x cakap ape yang rosak tu. Aset aku yang rosak tu, kamera canon aku. Mybe pas nie betulkan kot. Tapi kalo betul rase rugi lak. Harge mcm soh beli br. Ada cadangan x??????




Inilah contah kamera yang aku pakai..... Sedihnyer die leh rosak....