Tuesday, October 28, 2008

Pengalaman abadi.....


Kehidupan dikampung amat indah. Walaupun aku berasal daripada kampung, akan tetapi rasa kehidupan dikampung aku tidak semeriah kehidupan dikampung sebelah pantai timur dan utara. Mungkin agaknya letaknya kampung aku behampiran dengan bandar. Sebab itulah keseronokkan hidup dikampung telah luntur sedikit demi sedikit. Pada beberapa hari yang lepas aku telah pulang ke kampung keluarga angkat. Dalam masa yang singkat 3 hari 2 malam, aku telah melalui banyak pengalaman hidup di kawasan kampung. Dikawasan kampung tersebut aku dapat melihat kemeriahan penduduk yang saling membantu antara satu sama lain. Selain itu, pengalaman yang tidak lupakan, mandi sungai dan berhadapan dengan sebendang sawah yang terbentang luas dihadapan mata kekuningan. Aku bersyukur yang teramat sangat. Bagi remaja lain, ini mungkin janggal bagi mereka. Tapi keseronokkan dan pengalaman yang diperolehi tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sepanjang semester ini aku sudah banyak kali pulang ke kampung keluarga angkat aku untuk merasai kemeriahan suasana kampung disana. Sebelum aku pulang ke kampus pada hari isnin yang lepas, aku telah di ajar cara membakar satey dan bagaimana hendak membuat satey. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga di sana kerana memberi pengalaman kepada aku. Kalo anda ingin tahu cuba dulu. Bak kata pepatah ' tak kenal maka tak cinta'.

Saturday, October 18, 2008

Adakah mahasiswa tempatan tidak berkualiti???

Pada masa sekarang ini, kita sering terdengar ada beberapa pihak yang mengatakan mahasiswa dan mahasiswi tempatan yang begraduat tidak berkualiti. Saya suka memetik pandangan salah seorang pensyarah yang membentang salah satu kertas kerja sewaktu seminar Kebangsaan Polisi Awam 2008. Pensyarah tersebut mengatakan segelintir mahasiswa dan mahasiswi yang tidak berkualiti sekarang ini disebabkan mereka mengejar sijil semata-mata. Mereka langsung tidak memikirkan input yang diperolehi sewktu program tersebut. Menurut salah seorang pensyarah dari salah sebuah universiti tempatan yang terkemuka di Malaysia mengatakan mahasiswa dan mahasiswi yang tidak berkualiti atas kesilapan pihak atasan yang selalu mengawal setiap pergerakan pelajar itu sendiri. Menurut beliau sepatutnya pihak pengurusan perlu menganggap pelajar ini sebagai anak mereka sendiri. Akan tetapi budaya sekarang pihak pengurusan selalu mengambil kesempatan keatas pelajar untuk kepentingan diri masing-masing. Jikalau situasi sekarang ini berterusan, berkemungkinan besar kita kehilangan pemimpin-pemimpin yang berani tampil kehadapan untuk mengutarakan pendapat seperti Tun Abdul Razak yang dahulunya lantang bersuara untuk rakyat Malaysia. Sekilas pandang, pihak pengurusan mungkin mengatakan apa yang dilakukan sekarang tiada effect untuk jangka masa pendek. Akan tetapi untuk jangka masa panjang bagaimana??? Anda sendiri yang perlu menjawab. Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah diri anda sebagai mahasiswa.

Friday, October 17, 2008

Akhirnya Kerisauan Telah Berakhir...... Semuanya telah bejalan dengan lancar....

Ada patah mengatakan sejarah mungkin berulang. Itulah yang selalu menjadi mimpi ngeri bagi aku. Alhamdulillah semua yang aku rancangkan selama ini telah berakhir dengan aman. Aku risau selaku pengarah program, majlis yang aku rancangkan hancur begitu sahaja. Beberapa hari sebelum majlis aku, aku asyik memikirkan masalah yang pernah aku hadapi pada 2 tahun yang lepas sebagai seorang pengarah program. Pada 2 tahun yang lepas, malam pelajar perakaunan kolej aku telah disabotaj oleh orang2 yang anti dengan cadangan aku. Akhirnya program yang aku telah rancang hampir berbulan-bulan tanpa mengerti erti kepenatan, hancur pada 1 malam sahaja. Kerisauan itu yang selalu membelenggu aku. Walaupun program tadi amat kucar-kacir sedikit akibat hujan yang turun sekejap, tetapi kemeriahan tetap terasa. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada pensyarah jabatan ekologi sosial serta semua yang terlibat kerana sanggup menyokong program ini sehingga habis. Walaupun dalam kepenatan pada jam 2.57 pg aku ingin menulis perasaan gembira yang lahir dr hati aku. Mungkin anda pernah merasai apa yang pernah saya alami. Kegembiraan yang terpancar di wajah walaupun penat menghabiskan masa dan wang ringgit untuk program ini tidak dapat disorokkan lagi. Akhirnya luka yang lama terubat sedikit. Aku harapkan pada masa akan datang sekiranya aku dapat menguruskan event sperti ini, aku akan pastikan kesilapan akan berlaku dengan sedikit.

Friday, October 10, 2008

kedatangan syawal membawa seribu erti......

kedatangan Syawal kali ini membawa seribu erti kepada aku. Mungkinka ini adalah Syawal terakhir bagi aku? Kalo betul ini adalah Syawal terakhir, aku mengharapkan Syawal pada tahun ini dapat berjumpa dengan semua rakan karib aku. Dikesempatan ini juga aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog ini. Minta maaf ler sekirenyer blog ini tidak berapa aktif. Banyak urusan yang perlu diselesaikan kebelakangan ini. Diharap anda faham....