Assalamualaiku dan salam sejahtera.... blog nie dibuat untuk meluahkan perasaan yang terpendam dihati dan juga untuk mencari erti kehidupan serta destinasi abadi.....
Friday, October 17, 2008
Akhirnya Kerisauan Telah Berakhir...... Semuanya telah bejalan dengan lancar....
Ada patah mengatakan sejarah mungkin berulang. Itulah yang selalu menjadi mimpi ngeri bagi aku. Alhamdulillah semua yang aku rancangkan selama ini telah berakhir dengan aman. Aku risau selaku pengarah program, majlis yang aku rancangkan hancur begitu sahaja. Beberapa hari sebelum majlis aku, aku asyik memikirkan masalah yang pernah aku hadapi pada 2 tahun yang lepas sebagai seorang pengarah program. Pada 2 tahun yang lepas, malam pelajar perakaunan kolej aku telah disabotaj oleh orang2 yang anti dengan cadangan aku. Akhirnya program yang aku telah rancang hampir berbulan-bulan tanpa mengerti erti kepenatan, hancur pada 1 malam sahaja. Kerisauan itu yang selalu membelenggu aku. Walaupun program tadi amat kucar-kacir sedikit akibat hujan yang turun sekejap, tetapi kemeriahan tetap terasa. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada pensyarah jabatan ekologi sosial serta semua yang terlibat kerana sanggup menyokong program ini sehingga habis. Walaupun dalam kepenatan pada jam 2.57 pg aku ingin menulis perasaan gembira yang lahir dr hati aku. Mungkin anda pernah merasai apa yang pernah saya alami. Kegembiraan yang terpancar di wajah walaupun penat menghabiskan masa dan wang ringgit untuk program ini tidak dapat disorokkan lagi. Akhirnya luka yang lama terubat sedikit. Aku harapkan pada masa akan datang sekiranya aku dapat menguruskan event sperti ini, aku akan pastikan kesilapan akan berlaku dengan sedikit.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment