Pada masa sekarang ini, kita sering terdengar ada beberapa pihak yang mengatakan mahasiswa dan mahasiswi tempatan yang begraduat tidak berkualiti. Saya suka memetik pandangan salah seorang pensyarah yang membentang salah satu kertas kerja sewaktu seminar Kebangsaan Polisi Awam 2008. Pensyarah tersebut mengatakan segelintir mahasiswa dan mahasiswi yang tidak berkualiti sekarang ini disebabkan mereka mengejar sijil semata-mata. Mereka langsung tidak memikirkan input yang diperolehi sewktu program tersebut. Menurut salah seorang pensyarah dari salah sebuah universiti tempatan yang terkemuka di Malaysia mengatakan mahasiswa dan mahasiswi yang tidak berkualiti atas kesilapan pihak atasan yang selalu mengawal setiap pergerakan pelajar itu sendiri. Menurut beliau sepatutnya pihak pengurusan perlu menganggap pelajar ini sebagai anak mereka sendiri. Akan tetapi budaya sekarang pihak pengurusan selalu mengambil kesempatan keatas pelajar untuk kepentingan diri masing-masing. Jikalau situasi sekarang ini berterusan, berkemungkinan besar kita kehilangan pemimpin-pemimpin yang berani tampil kehadapan untuk mengutarakan pendapat seperti Tun Abdul Razak yang dahulunya lantang bersuara untuk rakyat Malaysia. Sekilas pandang, pihak pengurusan mungkin mengatakan apa yang dilakukan sekarang tiada effect untuk jangka masa pendek. Akan tetapi untuk jangka masa panjang bagaimana??? Anda sendiri yang perlu menjawab. Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah diri anda sebagai mahasiswa.
No comments:
Post a Comment