Kehidupan dikampung amat indah. Walaupun aku berasal daripada kampung, akan tetapi rasa kehidupan dikampung aku tidak semeriah kehidupan dikampung sebelah pantai timur dan utara. Mungkin agaknya letaknya kampung aku behampiran dengan bandar. Sebab itulah keseronokkan hidup dikampung telah luntur sedikit demi sedikit. Pada beberapa hari yang lepas aku telah pulang ke kampung keluarga angkat. Dalam masa yang singkat 3 hari 2 malam, aku telah melalui banyak pengalaman hidup di kawasan kampung. Dikawasan kampung tersebut aku dapat melihat kemeriahan penduduk yang saling membantu antara satu sama lain. Selain itu, pengalaman yang tidak lupakan, mandi sungai dan berhadapan dengan sebendang sawah yang terbentang luas dihadapan mata kekuningan. Aku bersyukur yang teramat sangat. Bagi remaja lain, ini mungkin janggal bagi mereka. Tapi keseronokkan dan pengalaman yang diperolehi tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sepanjang semester ini aku sudah banyak kali pulang ke kampung keluarga angkat aku untuk merasai kemeriahan suasana kampung disana. Sebelum aku pulang ke kampus pada hari isnin yang lepas, aku telah di ajar cara membakar satey dan bagaimana hendak membuat satey. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga di sana kerana memberi pengalaman kepada aku. Kalo anda ingin tahu cuba dulu. Bak kata pepatah ' tak kenal maka tak cinta'.
No comments:
Post a Comment