Saturday, November 15, 2008

Diari seorang sahabat



Sedikit rasa tertekan apabila mengingatkan kisah silam yang penuh dengan titik hitam dalam diri ini. Sejak berumur 12 tahun titik hiam itu terus membelenggu diri ini. Tiada sesiapa mengetahui hal ini kecuali diri ini dan dia. Titik hitam ini terus menyelubungi diri ini sehingga sekarang. Agak sukar untuk diri ini berpatah balik ke pangkal jalan. Setiap kali diri ini hendak pulang ke pangkal jalan ada sahaja orang baru yang muncul untuk menghanyutkan diri ini lebih jauh. Terkadang ingin merasakan masalah ini dibawa kepada pihak kaunselor ataupun alim ulama'. Akan tetapi, diri ini takut untuk menerima cacian daripada ramai pihak. Sejauh manakah diri ini boleh pergi dengan segala peristiwa hitam ini. Jikalau boleh ingin putarkan kembali ke masa lampau agar segala peristiwa hitam itu dapat ditangani oleh diri ini. Sekarang hanya yang boleh diri ini lakukan adalah dengan berdoa agar tidak menyimpang jauh dari landasan.

Cacatan Diari seorang sahabat.

No comments: