2008 telah berlalu. Terlampau banyak pengalaman yang boleh diambil sebagai pedoman. Dah lama juga aku tak menambah ape2 karya di dalam blog nie. Maklum r, org sibuk. Banyak perkara yang perlu diselesaikan. 2008 merupakan tahun yang paling banyak menjadikan aku seorang yang tabah. Pada awal tahun 2008, aku telah melalui satu kaeadaa sukar dimana aku dicemuh akibat bende yang kecil. Akibatnyer, aku terpaksa mengharungi hari-hari yang sukar lebih kuarang dalam masa 3 bulan. Aku dipulaukan di dalam bilik. Aku difitnah pula melalui satu laman web yang agak popular. Akan tetapi semuanyer itu hanya satu ujian yang di turunkan kepada ALLAH untuk hambanya dan mempunyai hikmah disebalik itu semua. Selepas final exam pula aku telah di beri satu lagi dugaan. Aku berperang besar dengan kekasih aku. Sehinggakan kami memutuskan hubungan. Pada waktu tersebut hanya tuhan saja yanag tahu berapa hancurnye hati ini. Pada awal bulan 7 aku pula diberikan tugas yang byk. Maybe diri aku nie senang didampingi. so that ramai yang dekati pada aku untuk tolong mereka. Akibat daripada peristiwa ini, sekali lagi aku dipandang serong oleh senior aku pula. Aku x tau ape yang berlaku sebenarnya. Akan tetapi kenapa orang asyik menyalahkan aku???? Aku hanya berpegang pada satu pegangan. setiap ujian yang diberikan kepada kita, ada hikmahnya. Dan kegembiraan dan hikmah yang aku perolehi setiap ujian yang berlaku adalah pada hujung tahun. aku tidak menyangka perkara seperti ini terjadi. Dan akhirnyer aku dpt menjadi insan yang berjiwa kental.
No comments:
Post a Comment