Friday, August 21, 2009

kehadiran yang di nantikan....


Sudah berlabuh tirai Sya'ban,
lambain Ramadhan sudah di nanti;
luhur hati ikhlas amalan,
semoga segala ibadat Allah diberkati.



Bulan Sya'ban baru sahaja meninggalkan kita. 1 Ramadhan telah pun menjelma. Bulan inilah yang sering dinantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia untuk meningkatkan amalan serta menahan segala jenis nafsu yang membelenggu dalam diri umat Islam itu sendiri. Pada tahun ini 1 Ramadhan jatuh pada 22 Ogos 2009. Kehadiran Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna dalam diri ini. setiap kali aku mendengar kalimah-kalimah memuji Allah, jiwaku mula tersentuh. Aku dapat merasakan ada satu nur yang menerangi hati ini daripada segala kemungkaran yang aku lakukan di muka bumi Allah ini. Aku berasa amat bersalah apa yang telah aku lakukan. Akan tetapi apa yang aku lakukan itu amat payah untuk aku ubahkan. Ia seperti menjadi satu tabiat aku setiap hari. Pada bulan yang mulia ini, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk melawan segala kemungkaran yang membelenggu diri ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna dalam hidup aku. Amin....

No comments: