Assalamualaiku dan salam sejahtera.... blog nie dibuat untuk meluahkan perasaan yang terpendam dihati dan juga untuk mencari erti kehidupan serta destinasi abadi.....
Friday, February 19, 2010
mengumpul kata-kata hikmah
salam kepada semua pembaca... entry kali ini aku mahu kite berkongsi sebrape byk kata hikmah yg kita perolehi untuk berkongsi bersama-sama. di sini aku bg bebrape koleksi kata-kata hikmah yang aku kumpul selama ini....
1. Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian
2. Renung fikiranmu, ia menjadi kata-kata;
Renung kata-katamu, ia menjadi perbuatan;
Renung perbuatanmu, ia menjadi amalan;
Renung amalanmu, ia adalah sifat dirimu.
3. "Teman Sejati Bukan Yang Selalu Dekat Di Mata, Dekat Bicaranya Tetapi Dia Yang Setia Di Hati Dan Diingati Dalam Setiap Bisikan Doanya..."
4. "Tidak akan kamu berperasaan gundah walau sekali, jika kau tahu apa yang dicari..." -Umar al-Khattab
5. Petikan hikmah Imam Al-Shafie
1.Sesiapa yang tidak dimuliakan oleh sifat takwa,maka tidak ada kemuliaan baginya.
2.Perhiasan ulama ialah takwa,keelokkannya adalah akhlak terpuji dan kecantikkannya adalah sifat murah hati.
3.Tidak akan berjaya dalam menuntut ilmu kecuali menuntutnya dalam kekurangan.
4.Tidak ada aib lebih buruk kepada ulama selain daripada kesukaan mereka kapada perkara yang tidak disukai oleh Allah.
5.Ilmu itu bukan yang dihafal tetapi yang mendatangkan manfaat.
6.Mencari kemewahan duniawi adalah seksaan kepada ulama.
7.Sesiapa yang merasakan diri lemah,maka dia akan memperoleh istiqamah.
8.Sesiapa yang ingin hati ditenangkan oleh Allah,maka hendaklah dia bersendirian, mengurangkan makan,tidak bergaul dengan orang jahat,dan tidak bersama-sama orang berilmu yang tidak insaf serta beradab.
9.Tidak ada kegembiraan setanding nikmat sahabat dan tidak ada rasa sedih setanding perpisahan dengan sahabat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment