Friday, September 25, 2009

Destiny - Jim Brickman

ooohhh...

what if i never knew
what if i never found you
i never had
this feeling in my heart

how did this come to be
i dont know how you found me
but from the moment i saw you
deep inside my heart i knew

chorus:
baby your my destiny
you and i were meant to be
with all my heart and soul
ill give my love to have and hold
and as far as i can see
you were always meant to be
my destiny

oooohhhhh
i wanted someone like you
someone that i could hold on to
and give my love until the end
of time

oohhh
but forever was just a word (just a word)
something id only heard about
but now youre always there for me
when you say forever i believe

chorus:
baby your my destiny
you and i were meant to be
with all my heart and soul
ill give my love to have and hold
and as far as i can see
you were always meant to be
my destiny

oooooohhhh

baby all we need
is just a little faith
cuz baby i believe
that love will find a way

heyyyyyyyy

ohhh

baby your my destiny
you and i were meant to be
with all my heart and soul
ill give my love to have and hold
and as far as i can see
from now until eternity
you were always meant to be

my destinyyyy

youre my destiny

yeahh yeahh oohhh

Tuesday, September 22, 2009

kereta api berlanggar


Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia
dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk
diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang
sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.

"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu
lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"

"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri
kehairanan.

"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum
pernah melihat keretapi berlanggar."

Friday, August 21, 2009

kehadiran yang di nantikan....


Sudah berlabuh tirai Sya'ban,
lambain Ramadhan sudah di nanti;
luhur hati ikhlas amalan,
semoga segala ibadat Allah diberkati.



Bulan Sya'ban baru sahaja meninggalkan kita. 1 Ramadhan telah pun menjelma. Bulan inilah yang sering dinantikan oleh setiap umat Islam di seluruh dunia untuk meningkatkan amalan serta menahan segala jenis nafsu yang membelenggu dalam diri umat Islam itu sendiri. Pada tahun ini 1 Ramadhan jatuh pada 22 Ogos 2009. Kehadiran Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna dalam diri ini. setiap kali aku mendengar kalimah-kalimah memuji Allah, jiwaku mula tersentuh. Aku dapat merasakan ada satu nur yang menerangi hati ini daripada segala kemungkaran yang aku lakukan di muka bumi Allah ini. Aku berasa amat bersalah apa yang telah aku lakukan. Akan tetapi apa yang aku lakukan itu amat payah untuk aku ubahkan. Ia seperti menjadi satu tabiat aku setiap hari. Pada bulan yang mulia ini, aku akan cuba sedaya upaya aku untuk melawan segala kemungkaran yang membelenggu diri ini. Semoga Ramadhan kali ini memberi seribu satu makna dalam hidup aku. Amin....

Friday, August 7, 2009

Isu Anti-ISA


demonstrasi yang berlaku pada 1 Ogos lepas.

Perlukah Akta Keselamatan Dalam Negeri ISA di mansuhkan????? Apakah akan terjadi pada Negara Malaysia sekiranya ISA dimansuhkan????? Semua ini menjadi persoalan kepada semua rakyat di Malaysia. Di Malaysia terdapat lebih kurang 26.7 juta rakyat Malaysia yang berasal daripada berbilang kaum, agama dan fahaman. Secara automatiknya mana-mana individu yang mendapat kerakyatan di Malaysia di kira bangsa Malaysia. Akan tetapi bangsa Malaysia ini belum dapat lagi bersatu-padu menentang musuh dalam selimut. Sedar tidak sedar negara kita yang tercinta telah diperhatikan oleh pelbagai pihak. Termasuklah sewaktu blog ini di tuliskan. Ada sahaja pihak yang memerhatikan. Sekiranya bangsa Malaysia tidak bersatu menyahut 1 Bangsa yang selalu dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia kita. Berkemungkinan negara ini jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab amat tinggi sekali. Setiap hari ada sahaja pihak-pihak yang menunggu perpecahan kaum sehingga ada ruang-ruang kosong yang akan membuatkan mereka campur tangan dalam Hal Ehwal Negara kita. Apa yang berlaku tanggal 1 Ogos 2009 amat memalukan negara Malaysia. Suara Anti ISA sememangnya tidak patut dibuat. ISA merupakan satu Akta yang dapat menjaga kemanan negara ini. Ia juga seperti Akta Rusuhan yang diguna pakai oleh U.S.A dan Britain. Sebagai pengkritik bebas saya amat mengutuk beberap pihak yang mengadakan perhimpunan Anti ISA ini. Seolah-olah Akta ini di perbuatkan sebagai permainan politik oleh beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kita lihat semula sejarah Negara kita. Betapa susahnya tokoh – tokoh negara seperti Dato’ Onn Ja’affar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lok, Tun Dr Ismail, Tun H.S Lee, Tun V.T Sambathan serta ramai lagi yang sedaya upaya ingin membebaskan negara daripada penjajah sehingga mendapatkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kita bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang ini. Negara kita adalah negara yang menggunakan sistem demokrasi berpelembagaan. Mengikut sistem ini, rakyat boleh memilih pemimpin yang disukai dan rasa pemimpin tersbut layak untuk menjadi wakil rakyat bagi mereka. Rakyat juga diberikan hak untuk bersuara, bagi melancarkan aktiviti pentadbiran negara kita. Akan tetapi hak untuk bersuara mestilah tidak menyentuh aspek sentiviti setiap kaum di Malaysia serta tidak mengandungi unsur – unsur hasutan. Tidak seperti negara – negara yang mengamalkan demokrasi terbuka. Kita dapat lihat negara – negara seperti India yang mengamalkan demokrasi terbuka, disebabkan oleh sistem keterbukaan mereka tersebutlah negara India sering berlaku rusuhan. Ada sahaja pihak yang ingin campur tangan dalam negara tersebut. Berapa banyak rusuhan yang berlaku dalam negara tersebut? Hampir setiap hari ada sahaja yang mati akibat daripada terbuka nya sistem tersebut. Jikalau Malaysia membubarkan Akta Kesalamatan Dalam Negeri ISA, berkemungkinan Malaysia menjadi seperti negara – negara yang selalu mempunyai rusuhan amatlah tinggi. Sudah cukup pelbagai demonstrasi yang dilakukan oleh pihak – pihak tertentu. Pemimpin – pemimpin mereka yang mengarahkan demonstrasi tersebut duduk goyang kaki di rumah sambil bersuka ria seperti orang berpesta, orang awam yang dipergunakan.pula bersedihan dalam tahanan polis.
Yang amat menyedihkan, majoriti yang mengikuti demonstrasi ini adalah daripada kaum melayu itu sendiri. Mereka semunya terdiri daripada golongan – golongan pelajar serta golongan – golongan orang yang berumur. Yang hairannya mengapa golongan – golongan seperti ini di kerahkan untuk melakukan demonstrasi ini?????? Hal ini disebabkan, apabila mereka – mereka ini di tahan di bawah Akta Kesalamatan Dalam Negeri ISA, pemimpin – pemimpin mereka boleh memainkan isu – isu ini untuk mendesak pihak kerajaan untuk membubarkan ISA tersebut. Itulah salah satu stratergi yang digunkan beberapa barisan pemimpin rakyat yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan politik mereka sahaja. Akan tetapi mereka yang dikerahkan ini tidak sedar ke yang anda sedang di permainkan?????? Sedih betul saya melihat apa yang berlaku pada 1 Ogos yang lepas. Itulah senario yang berlaku sekarang. Kita mungkin belum sedar kepentingan ISA itu sendiri disebabkan kita golongan remaja belum berpeluang untuk masuk ke dalam bidang pentadbiran negara. Sekiranya sepuluh atau dua puluh tahun lagi kita diberi peluang memimpin negara, sudah tentu kita akan mengatakan ISA itu penting. Sekiranya kita berada di kerusi Perdana Menteri sepuluh tahun akan datang, kita juga akan merasai apa yang mereka rasai pada masa sekarang. Berkemungkinan akan menjadi lebih teruk lagi pada masa akan datang. Kuasa – kuasa barat juga tidak bersetuju dengan ISA ini. Disebabkan ISA wujud, kuasa – kuasa Barat tidak dapat menghasut rakyat negara ini. Kuasa – kuasa barat lebih menyukai jikalau Akta ini dimansuhkan. Jikalau dimansuhkan lebih senang untuk mereka menjajah pemikiran bangsa Malaysia. Jadi mengapakah kita harus menentang Akta Kesalamatan Dalam Negeri (ISA)? Demi kesahjeteraan umat sejagat, ISA tidak harus dimansuhkan. Hanya orang yang menentang sahaja tidak memikirkan masa depan anak cucu mereka. Yang menyertai perhimpunan haram yang menentang ISA anda hanya dipermainkan oleh pihak yang mementingkan kerjayaan politiknya sahaja. Akhir kata setiap Akta yang di gubal mesti mempunyai kebaikan dan keburukannya. Bangsa Malaysia perlulah berfikiran terbuka serta positif dalam isu yang selalu di kecohkan kebelakangan ini. Kita dapat lihat 10 tahun yang lepas, jarang berlakunya perhimpunan haram. Jarang juga berlaku rusuhan. Mengapa sejak kebelakangan ini selalu sahaja berlaku rusuhan?????? Fikir-fikrkan lah kenapa kejadian ini berlaku??? Anda sendiri yang mempunyai jawapannya.......

Sunday, June 7, 2009

Pahala Terakhir Seorang Isteri


Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan darpada Allah.

Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu
taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayani Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang pekerja yang juga sibuk di pejabat, ada kalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam keluarga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang, saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-rnasing penat.
Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada lagi hari untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.



Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan dan mengantuk segera lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dengan kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya, dan saya tidak sempat bertemunya.
Meskipun reda dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w; "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya



Monday, April 27, 2009

permulaan sebuah pengembaraan

Pada 20 April yang lepas pengambaraan aku bermula sebagai pekerja di salah sebuah sektor awam. Pengembaraan ini akan aku lalui sehingga 3 bulan. Pada hari tersebut aku telah diletakkan bersama-sama dengan pegawai khidmat pelanggan. Pengalaman aku berada di kaunter agak menyeronokkan kerana boleh berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Agak menyeronokkan juga bidang pekerjaan nie. hehehe~

tp ape2 hal aku akan lalui semue rintangan nie dgn penuh sabar. Dengan cara nie br aku akan tau bagaimana cara orang mencari rezeki dengan bekerja. 


16 april yang lepas adalah hari yang di nanti

Pada 16 April yang lepas adalah hari ulang tahun aku yang ke 21. Sedar x sedar aku dh dewasa. Pada hari tersebut aku sangat gembira disebabkan ramai kenalanku memberi ucapan selamat ulang tahun kepadaku. Pada hari tersebut aku telah mendapat hadiah daripada member-member aku. Aku sungguh tidak percaya akan apa yang aku terima. Pada hari tersebut juga merupakan hari terakhir exam ku. memang best dpt blk kampung.