Saturday, November 15, 2008

Diari seorang sahabat



Sedikit rasa tertekan apabila mengingatkan kisah silam yang penuh dengan titik hitam dalam diri ini. Sejak berumur 12 tahun titik hiam itu terus membelenggu diri ini. Tiada sesiapa mengetahui hal ini kecuali diri ini dan dia. Titik hitam ini terus menyelubungi diri ini sehingga sekarang. Agak sukar untuk diri ini berpatah balik ke pangkal jalan. Setiap kali diri ini hendak pulang ke pangkal jalan ada sahaja orang baru yang muncul untuk menghanyutkan diri ini lebih jauh. Terkadang ingin merasakan masalah ini dibawa kepada pihak kaunselor ataupun alim ulama'. Akan tetapi, diri ini takut untuk menerima cacian daripada ramai pihak. Sejauh manakah diri ini boleh pergi dengan segala peristiwa hitam ini. Jikalau boleh ingin putarkan kembali ke masa lampau agar segala peristiwa hitam itu dapat ditangani oleh diri ini. Sekarang hanya yang boleh diri ini lakukan adalah dengan berdoa agar tidak menyimpang jauh dari landasan.

Cacatan Diari seorang sahabat.

Tuesday, November 11, 2008

kesepian yang selalu menyelubungi hidup

Kebalakangan ini aku sering merasakan jiwa aku seperti kosong. Aku tidak mengetahui apa kehendak hati ini. Hati ini selalu mengatakan sesuatu, akan tetapi aku tidak dapat mendengar kata-kata yang selalu diungkapkan oleh hati ini. Aku sering berasa kesunyian kebelakangan ini. Aku merasakan seperti aku hidup seorang diri tanpa teman. Walaupun teman-teman aku ada disekeliling, aku tetap terasa sunyi. Adakah ini dinamakan penyakit kemurungan? Apa yang aku hajati sekarang ini hanyalah seorang sahabat sejati yang boleh menggembirakan aku seperti dulu. Aku memerlukan die pada waktu yang genting ini. Aku tidak mengetahui cara menangani masalah aku ini. Aku harapkan pada minggu hadapan aku akan pulang ke kampung untuk bercuti. Aku harapkan kespian ini akan terubat sekiranya bersama keluarga tercinta.

Wednesday, November 5, 2008

kesedihan yang tidak dapat dielakkan....

Kebelakangan nie aku terasa sedih yang teramat sangat. Aset yang paling aku sayang dah mula rosak. Aku rasakan kehilangan besar tanpa aset tersebut. Bila aku bawa aset tersebut ke kedai, kedai tersebut mengatakan kalo hendak dibetul perlukan sehinggan RM 200.00+++. Kenapalah selepas setahun aku memiliki aset tersebut boleh rosak? Aku rase sedih yang teramat sangat. Selama setahun nie, aset tesebut r yang banyak membantu aku dalam semue tugasan. aku amat berbangga dengan barang tersebut. Akan tetapi kini, barang tersebut tidak sebaik dulu lagi. Kualitinya mula menurun dan membuatkan penghasilannya sehampeh kelapa. Erm....
camne ae nak buat???? Korg mst tensionkan? Aku langsung x cakap ape yang rosak tu. Aset aku yang rosak tu, kamera canon aku. Mybe pas nie betulkan kot. Tapi kalo betul rase rugi lak. Harge mcm soh beli br. Ada cadangan x??????




Inilah contah kamera yang aku pakai..... Sedihnyer die leh rosak....

Tuesday, October 28, 2008

Pengalaman abadi.....


Kehidupan dikampung amat indah. Walaupun aku berasal daripada kampung, akan tetapi rasa kehidupan dikampung aku tidak semeriah kehidupan dikampung sebelah pantai timur dan utara. Mungkin agaknya letaknya kampung aku behampiran dengan bandar. Sebab itulah keseronokkan hidup dikampung telah luntur sedikit demi sedikit. Pada beberapa hari yang lepas aku telah pulang ke kampung keluarga angkat. Dalam masa yang singkat 3 hari 2 malam, aku telah melalui banyak pengalaman hidup di kawasan kampung. Dikawasan kampung tersebut aku dapat melihat kemeriahan penduduk yang saling membantu antara satu sama lain. Selain itu, pengalaman yang tidak lupakan, mandi sungai dan berhadapan dengan sebendang sawah yang terbentang luas dihadapan mata kekuningan. Aku bersyukur yang teramat sangat. Bagi remaja lain, ini mungkin janggal bagi mereka. Tapi keseronokkan dan pengalaman yang diperolehi tidak dapat dibeli dengan wang ringgit. Sepanjang semester ini aku sudah banyak kali pulang ke kampung keluarga angkat aku untuk merasai kemeriahan suasana kampung disana. Sebelum aku pulang ke kampus pada hari isnin yang lepas, aku telah di ajar cara membakar satey dan bagaimana hendak membuat satey. Aku mengucapkan ribuan terima kasih kepada keluarga di sana kerana memberi pengalaman kepada aku. Kalo anda ingin tahu cuba dulu. Bak kata pepatah ' tak kenal maka tak cinta'.

Saturday, October 18, 2008

Adakah mahasiswa tempatan tidak berkualiti???

Pada masa sekarang ini, kita sering terdengar ada beberapa pihak yang mengatakan mahasiswa dan mahasiswi tempatan yang begraduat tidak berkualiti. Saya suka memetik pandangan salah seorang pensyarah yang membentang salah satu kertas kerja sewaktu seminar Kebangsaan Polisi Awam 2008. Pensyarah tersebut mengatakan segelintir mahasiswa dan mahasiswi yang tidak berkualiti sekarang ini disebabkan mereka mengejar sijil semata-mata. Mereka langsung tidak memikirkan input yang diperolehi sewktu program tersebut. Menurut salah seorang pensyarah dari salah sebuah universiti tempatan yang terkemuka di Malaysia mengatakan mahasiswa dan mahasiswi yang tidak berkualiti atas kesilapan pihak atasan yang selalu mengawal setiap pergerakan pelajar itu sendiri. Menurut beliau sepatutnya pihak pengurusan perlu menganggap pelajar ini sebagai anak mereka sendiri. Akan tetapi budaya sekarang pihak pengurusan selalu mengambil kesempatan keatas pelajar untuk kepentingan diri masing-masing. Jikalau situasi sekarang ini berterusan, berkemungkinan besar kita kehilangan pemimpin-pemimpin yang berani tampil kehadapan untuk mengutarakan pendapat seperti Tun Abdul Razak yang dahulunya lantang bersuara untuk rakyat Malaysia. Sekilas pandang, pihak pengurusan mungkin mengatakan apa yang dilakukan sekarang tiada effect untuk jangka masa pendek. Akan tetapi untuk jangka masa panjang bagaimana??? Anda sendiri yang perlu menjawab. Renung-renungkan dan selamat bermuhasabah diri anda sebagai mahasiswa.

Friday, October 17, 2008

Akhirnya Kerisauan Telah Berakhir...... Semuanya telah bejalan dengan lancar....

Ada patah mengatakan sejarah mungkin berulang. Itulah yang selalu menjadi mimpi ngeri bagi aku. Alhamdulillah semua yang aku rancangkan selama ini telah berakhir dengan aman. Aku risau selaku pengarah program, majlis yang aku rancangkan hancur begitu sahaja. Beberapa hari sebelum majlis aku, aku asyik memikirkan masalah yang pernah aku hadapi pada 2 tahun yang lepas sebagai seorang pengarah program. Pada 2 tahun yang lepas, malam pelajar perakaunan kolej aku telah disabotaj oleh orang2 yang anti dengan cadangan aku. Akhirnya program yang aku telah rancang hampir berbulan-bulan tanpa mengerti erti kepenatan, hancur pada 1 malam sahaja. Kerisauan itu yang selalu membelenggu aku. Walaupun program tadi amat kucar-kacir sedikit akibat hujan yang turun sekejap, tetapi kemeriahan tetap terasa. Dikesempatan ini, aku ingin mengucapakan jutaan terima kasih kepada pensyarah jabatan ekologi sosial serta semua yang terlibat kerana sanggup menyokong program ini sehingga habis. Walaupun dalam kepenatan pada jam 2.57 pg aku ingin menulis perasaan gembira yang lahir dr hati aku. Mungkin anda pernah merasai apa yang pernah saya alami. Kegembiraan yang terpancar di wajah walaupun penat menghabiskan masa dan wang ringgit untuk program ini tidak dapat disorokkan lagi. Akhirnya luka yang lama terubat sedikit. Aku harapkan pada masa akan datang sekiranya aku dapat menguruskan event sperti ini, aku akan pastikan kesilapan akan berlaku dengan sedikit.

Friday, October 10, 2008

kedatangan syawal membawa seribu erti......

kedatangan Syawal kali ini membawa seribu erti kepada aku. Mungkinka ini adalah Syawal terakhir bagi aku? Kalo betul ini adalah Syawal terakhir, aku mengharapkan Syawal pada tahun ini dapat berjumpa dengan semua rakan karib aku. Dikesempatan ini juga aku ingin memohon ampun dan maaf kepada semua pembaca blog ini. Minta maaf ler sekirenyer blog ini tidak berapa aktif. Banyak urusan yang perlu diselesaikan kebelakangan ini. Diharap anda faham....

Sunday, September 14, 2008

sepuluh malam terakhir.....

Setiap orang menantikan sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan ini. Antara sepuluh malam terakhir inilah segala amal yang kita lakukan akan dapat ganjarannya berlipat kali ganda. Sewaktu kecil-kecil dulu aku sering terdengar orang-orang tua suruh pasang pelita yang kononyer untuk malaikat nampak rumah kita yang diterangi oleh cahaya lampu. Ada juga ingin menunggu sepanjang malam tersebut hanya untuk melihat pokok sujud ke bumi... Akan tetapi semua itu hanyalah cerita orang dulu-dulu.... disebalik sepuluh malam terakhir yang diberi nama malam lailatulqadar ada satu rahsia yang kita tidak dapat hendak rungkaikan dengan kata-kata. Kita tidak tahu bila agaknya malam tersebut akan berlaku. Yang pasti apa yang dijanjikan oleh Allah S.W.T pasti akan berlaku.... Kita hanya melakukan sahaja amal ibadah sepanjang malam itu... Semoga apa yang kita amalkan sepanjang sepuluh malam terakhir akan dapat ganjarannya.... renung-renungkan dan selamat beraamal......

Saturday, September 13, 2008

malam yang hening......


sejuknye malam nie..... rase tenang je hati nie.... hahaha~ dah lama aku x post dlm blog nie...... hehehe~ dah 3 hari aku demam.... tapi demam x mematahkan semangat aku untuk berpose.... tapi aku pelik r.... ada dikalangan orang dewasa yang gagah dan berupaya tidak menjalankan ibadah yang wajib ini.... sekarang nie.... setiap hari kita boleh lihat dimana-mana ada saja tangkapan pasal orang x pose nie.... ape r nk jadi dengan die org nie??? x malu ke???? pada pembaca blog ini... wan harapkan kamu semue pose..... bkn pose thn lapar dan dahaga je yer.... mst thn semue sekali....

Tuesday, September 9, 2008

kesakitan dihati

Aku tak tahu apa yang terjadi dengan aku sekarang ini. Hari ini sepatutnya aku dah hantar senarai nama untuk baju koprat. Tapi sampai sekarang juga akau tak hantar. macam mana aku nak hantar kalo budak kos aku tak nak bagi kerjasama. Puas aku beri masa, tapi tak juga dindahkan. Tension betul kepala otak aku nie. Adakah aku terlalu baik?????
Ermmm..... Aku tau lar dalam kos aku 2, aku r oarang yang kira paling muda sekali. Tapi jangan ler wat aku smp mcm nie. Terase sakit dihati. Akan tetapi aku perlu buat apa sahaja di bulan yang serba baik ini???? Hanya besabr je r....