Assalamualaiku dan salam sejahtera.... blog nie dibuat untuk meluahkan perasaan yang terpendam dihati dan juga untuk mencari erti kehidupan serta destinasi abadi.....
Wednesday, December 30, 2009
suka duka 2009
hampir beberapa jam lagi kita akan melabuhkan tirai 2009 dan akan membuka tirai tahun yang baru. bersyukur kepada ALLAH kerana kita masih dipanjangkan umur sehinggapenghujung 2009. banyak perkara yang telah berlaku dalam hidup ini sepanjang untuk mencari erti sebuah kehidupan. mengimbau kembali suka duka sepanjang 2009 telah membuat aku menagis sendirian. sepanjang tahun ini aku telah melakukan banyak dosa. memang kita sebagai manusia tidak lari daripada melakukan kesalahan. dan kesalahan itu haruslah diakhiri dengan penyesalan dan taubat kepada ALLAH.
aku bersyukur sehingga sekarang aku diberikan nyawa untuk mencari erti sebuah kehidupan yang sebenar. perjalanan hidup aku yang hampir menuju 22 tahun mat mencabar. dan aku ingin menuruskan perjalanan hidup ini untuk memberikan kebahagian kepada orang yang paling aku sayangi. itulah matlamat aku pada mase akan dtg.
semuga sinar 2010 memberi hidup baru dalam perjalanan mencari makna kehidupan yang sebenar. sekiranya aku membuat salah pada tahun 2009, diharapkan anda semua memaafkan kesalahan aku. halalkan makan minum aku sepanjang perkenalan kita semue. be happy 2010....
Saturday, December 12, 2009
1:52 a.m
aku masih tidak dapat memejamkan mata. aku asyik berfikir mengenai seseorang yang amat bermakna dalam hidup aku sejak kebelakangan ini. aku menyayanginya lebih daripada segalanya. aku takut kehilangannyajerana dielah yang membuatkan aku gembira setiap hari. akan tetapi ada perkara yang tidak di duga berlaku. die disahkan oleh doktor, menghidapi penyakit barah otak peringkat ketiga. aku amat kagum dengan dia, walaupun sedang menanggung kesakitan die masih lg mampu tersenyum dan membuatkan aku tertawa. diejugacukup kuat sehinggakan penyakit yang dihidapinya hanya aku dan akaknya sahaja yang tau. ibu bapanya langsung tidak mengetahuinya. die x nk meyusahkan ibu bapa serta x nk buat mereka lagi sedih. sekrang ini hanya aku sahaja yang memberi sinar harapan die untuk terus hidup. aku berdoa agar dia selamat dari penyakitnya dan aku dapat berjumpa dengannya.
wahai pembaca blog yang budiman, aku memohon agarpembacasemua berdoa agar orang yang aku paling sayang ini akan panjang umur dan selamat daripada segala penyakit. aku takut kehilangannya kerana aku amatsayang terhadapnya. tolong ye pembaca sekalian. aku bermohon sangat. semoga jasa baik pembaca di balas dengan pahala kerana mendoakan kesejahteraan umat islam.....
Friday, December 11, 2009
pedoman semua
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati... Di kuburmu nanti.... Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri Dalam perjalanan ke alam akhirat. Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu.
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Barangsiapa yang semakin bertambah ilmunya tetapi tidak bertambah hidayahnya, maka dia semakin jauh dari Allah" (Petikan Kitab Imam Ghazali).
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Yang paling berat menerima seksaan di hari kiamat ialah orang alim yang ilmunya tiada bermanfaat" (Petikan Kitab Imam Ghazali).
Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya: "Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan" (Petikan Kitab Imam Ghazali)
muhasabah cinta
Wahai pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dari-Mu
Ku pasrahkan semua pada-Mu
Tuhan baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini ku harapkan cinta-Mu
Reff:
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalir berzikir di kidung doaku
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya Illahi muhasabah cintaku
Tuhan kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku dengan-Mu
Back to Reff:
dik :- Wali
Dik, aku pinta kau akan s’lalu setia
Dik, aku mohon kau s’lalu menemani
Saat ku tengah terluka
Kala ku tengah gundah
Reff:
Ku akan menjagamu
Di bangun dan tidurmu
Di semua mimpi dan nyatamu
Ku akan menjagamu
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh
Dik, jangan engkau pergi tinggalkan aku oh…
Dik, ingin aku cinta dan cinta s’lalu
Saat kau tengah terluka
Kala kau tengah gundah
Back to Reff:
Kau akan menjagaku
Di bangun dan tidurku
Di semua mimpi dan nyataku
Kau akan menjagaku
Tuk hidup dan matiku
Tak ingin, tak ingin kau rapuh
Wednesday, December 9, 2009
erti sbuah kehidupan II
hari ini sunnguh indah. matahari menyinari setiap pelusuk ruang daerah segamat. aku gembira sangat. semalam aku baru pulang dari merantau untuk mencari erti kehidupan sebenar, dan aku telah menjumpainya. dalam kehidupan kita mesti meletakkan kejujuran dan keikhlasan dalam setiap hubungan yang kita jalinkan, tidak kira dengan manusia, haiwan, dan juga pencipta alam semesta ini yang Maha Agong iaitu Allah S.W.T. kekadang kita tersasar dalam mencari kehidupan yang sebenar. kebanyakan umat manusia mengharungi kehidupan ini tanpa mengikuti landasan yang betul.
aku turut melaluinya sebelum ini. akibat daripada kurangnya kejujuran dan keikhlasan aku telah terima balasannya sekarang ini. aku redha dengan apa yang berlaku. aku ingin mengucapkan terima kasih kepada seseorang yang telah memberi jwpn itu sewaktu aku berada di kluang. (jikalau orang tersbut membaca blog ini, aku meminta maaf bebyk jikalau aku adawatsalah dgn org 2.....) aku sedar apa yang aku lakukan tidak jujur dan ikhlas untuk berkawan. akhirnya die yang menyedarkan aku. aku berterima ksih kepada HambaAllah yang ingatkan aku bende 2 semua. kalo tidak aku masih lg mencari jwpn erti kehidpuan.
sewaktu perjalanan balik aku lebih suka menggunakan keretapi. sewaktu di stetsen tersebut sekelompok pelajar cina yang kiranya berasal dr tmpt yg jauh sedang menikmati saat-saat terakhir bersama teman-teman mereka. setiap org yang berada di stetsen tersbut kagum dengan semangat pelajar tersebut. aku juga kagum dengan mereka. mereka dapat bergembira dalam keadaan ingin berpisah. mungkimkah hal ini disebabkan kejujuran mereka menjalinkan hubungan sesama manusia????
setibaaku di segamat aku telah berjalan kaki sehingga tiba di rumah. aku sangat gembira dan sedih kerana kehilangan soerang sahabat dan dalam masa yang sama mendapat jawapan daripada segala persoalan.
aku bersyukur sangat.....
erti sebuah kehidupan I & II ini semuanya cerita mengenai diri aku sendiri. untuk mengikuti erti sebuah kehidupan III, rajin-rsjinlah melihat blogaku ini.....
Monday, December 7, 2009
kecerian kembali....
hari ini aku rasa gembira kerana orang yang aku sangkakan akan meninggalkan diri ini, tidak akan meninggalkan aku.... die terlampau sayangkan diriku ini...aku bersyukur kerana die masih sayangkan aku.... aku sayang sangat sama die.... aku harapkan die dan aku akan kekalkan hubungan hingga ke akhir hayat.... i love u bucuk....
Sunday, December 6, 2009
erti sebuah kehidupan.......
3lirik lagu yang aku post dalam blog nie berkaitan dengan kisah hidup aku kebelakangan waktu ini. mungkin tuhan hendak menduga umatnya itu. sehingga sekarang hati aku masih terluka. perkara yang baerlaku hampir 2 tahun lepas kembali semula. kali ini aku mandapat dugaan 2 kali ganda daripada peristiwa yang lepas. memang hidup ini seperti rod, adakalanya di atas dan adakalanya di bawah. sekarang putaran hidup aku berada di bahagian bawah sekali. aku tidak mempunyai sesiapa lagi yang ingin mendengarluahan hati ini dan tempat untuk menompang kasih. aku kehilangan orang yang aku paling sayang. sepanjang pengembaran aku untuk menenangkan fikiran dan mencari jawapam erti kehidupan aku sekali lagi dilukai. sehingga sejarang aku masih dilukai. aku tidak mengharapkan apa2 daripadanya. hanya kasih sayang yang aku harapkan daripada insan tersebut. herm.....
ketika ayat2 ini disusun, air mata mula mengalir diiringi alunan lagu kasih tercipta, hati yang terluka dan patah hati. aku masih mencari erti kehidupan yang sebenar. esok atau lusa aku akan merantau untuk tenangkan hati lagi. mungkin kali ini aku tidak membawa tlfn bimbit(itu semua bergantung kepada keadaan). aku tau masalah tidak boleh diselesaikan dengan lari. kita harus menyelesaikannya serta hadapinya dengan tabah.
3 hari lepas, sewaktu aku ingin pulang ke segamat menaiki keretapi aku terpikat dengan kanak-kanak yang asyik bermain dan bersuke ria sesama sendiri. alangkah bagusnya sekiranya aku blh blk ke zaman kanak-kanak semula. riang dan tak perlu memikirkan masalah,serta yang paling seronok boleh mengubah segalanya kembali kepada keadaan asal. aku mengalamun seketika melihat kanak-kanak yang gembira sewaktu menunggu di stesen keretapi tersebut. wajah kana-kanak tersebut bersih dan suci. masih bersih lagi hati kana-kanak tersebut.
sewaktu di stesen tersebut, aku juga melihat gelagat kana-kanak yang angkuh dan terlalu mengada.pada pandangan aku sikap yang dipamerkan oleh kanak-kanak yang ini telah mengurangkan keceriaan ku di sana. aku mula terhenti dari lamunan. agak menjengkelkan perangai kanak-kanak yang angkuh 2. setibenye kertapi di stesen tersebut, aku memulakan langkah menaiki gerabak keretapi tersebut.sepanjang perjalanan ke segamat, aku mula terkenangkan kisah-kisah lampau.
aku teringat sewaktu bercinta, sedih, gembira dan segala nye. aku tidak mampu berkata apa2, hal ini disebabkan kiri dan kanan sisi ku mempunyai penumpang lain. aku menangis di dalam hati dan masih mencari erti kehidupan yang sebenar.
pencarian erti kehidupan tidakhabissampai di sini. aku akan merantau utk mecari erti kehidupan dan ape yang betul dan salah. aku akan pastikan pencarian aku berbaloi.....
****segala gambar yang di paparkan hanya rekaan semata-mata....
Kasih Tercipta
Lirik/Tajuk Lagu: Kasih Tercipta (OST Waris Jari Hantu)
Penyanyi: Faizal Tahir (OIAM)
Kasih hilang tiada bicara
Setelah cintaku kau puja
Rintihan rindu terus melanda
Redup cahaya oo hati lara
Bisiklah kiranya aku bersalah
Sedetik tersirat rasa
Kau cipta kasih yang kumiliki
Cinta ku jujur selama ini …oooo…
* Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu oooo
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka
Mesra suaramu …kini berbeza
Gagal sembunyi sedih
Kenagang lalu menusuk jiwa
Manis seindah berganti pedih
Ooo… Kasih tercipta …
Ooo… Carilah ku sayang …
* Carilah aku dalam hatimu
Sayang sebutlah kau rindu oooo
Hanya…pintaku
Kasihmu kekal setia
Usah biarku ooo terus terluka
Pabila bersamamu, debaran
Darah arus mengalir, cinta,
Lahir selamanya
Berilah…kucupan sayang
Biar terukir wajah …kasih tercipta …
Berilah…kucupan sayang
Biar terulir wajah …kasih tercipta …
Ooo…Kasih tercipta …
Kini ku mengerti
Walau berbisa …
Ku rela kiranya kau bahgia
Friday, December 4, 2009
patah hati
Patah hatiku
Membawa derita
Merajuklah diri
Merajuk diri
Tak tentu haluan (2x)
Kuharap janjimu(2X)
Bahagia selalu ... sayang
Rupanya patah(2X)
Ditengahlah jalan
Patahlah hati
Teruslah merajuk
Merajuklah sampai
Merajuk sampai
Ke hutan belukar
Hati yang panas(2X)
Kembalilah sejuk ... sayang
Burung terbang(2X)
Sangkar balik ke sangkar
Nyanyian:Datuk Siti Nurhaliza
Thursday, December 3, 2009
Hati Yang Terluka
Kan kucari jalan yang sunyi
Untuk menghindar diri darimu
Kuberjanji di dalam hati
Takkan lagi ku menjumpaimu
Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci
Di tengahnya kabut bermandi embun pagi
Dingin membuat hatiku membeku
Kau yang telah membuat luka di hatiku
Kau yang telah membuat janji-janji palsu
Kau yang selama ini aku sayangi
Kau merubah cintaku jadi benci
nyanyian:Broery Marantika
Friday, September 25, 2009
Destiny - Jim Brickman
what if i never knew
what if i never found you
i never had
this feeling in my heart
how did this come to be
i dont know how you found me
but from the moment i saw you
deep inside my heart i knew
chorus:
baby your my destiny
you and i were meant to be
with all my heart and soul
ill give my love to have and hold
and as far as i can see
you were always meant to be
my destiny
oooohhhhh
i wanted someone like you
someone that i could hold on to
and give my love until the end
of time
oohhh
but forever was just a word (just a word)
something id only heard about
but now youre always there for me
when you say forever i believe
chorus:
baby your my destiny
you and i were meant to be
with all my heart and soul
ill give my love to have and hold
and as far as i can see
you were always meant to be
my destiny
oooooohhhh
baby all we need
is just a little faith
cuz baby i believe
that love will find a way
heyyyyyyyy
ohhh
baby your my destiny
you and i were meant to be
with all my heart and soul
ill give my love to have and hold
and as far as i can see
from now until eternity
you were always meant to be
my destinyyyy
youre my destiny
yeahh yeahh oohhh
Tuesday, September 22, 2009
kereta api berlanggar
Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia
dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk
diinterviu.
"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang
sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.
"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu
lakukan?"tanya Pak Basri lagi.
"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".
"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".
"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."
"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"
"Kalau telefon awam rosak?"
"Saya akan pulang menjemput nenek saya."
"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri
kehairanan.
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum
pernah melihat keretapi berlanggar."
Friday, August 21, 2009
kehadiran yang di nantikan....
Friday, August 7, 2009
Isu Anti-ISA
Kita lihat semula sejarah Negara kita. Betapa susahnya tokoh – tokoh negara seperti Dato’ Onn Ja’affar, Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Tan Cheng Lok, Tun Dr Ismail, Tun H.S Lee, Tun V.T Sambathan serta ramai lagi yang sedaya upaya ingin membebaskan negara daripada penjajah sehingga mendapatkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Kita bersyukur dengan apa yang kita kecapi sekarang ini. Negara kita adalah negara yang menggunakan sistem demokrasi berpelembagaan. Mengikut sistem ini, rakyat boleh memilih pemimpin yang disukai dan rasa pemimpin tersbut layak untuk menjadi wakil rakyat bagi mereka. Rakyat juga diberikan hak untuk bersuara, bagi melancarkan aktiviti pentadbiran negara kita. Akan tetapi hak untuk bersuara mestilah tidak menyentuh aspek sentiviti setiap kaum di Malaysia serta tidak mengandungi unsur – unsur hasutan. Tidak seperti negara – negara yang mengamalkan demokrasi terbuka. Kita dapat lihat negara – negara seperti India yang mengamalkan demokrasi terbuka, disebabkan oleh sistem keterbukaan mereka tersebutlah negara India sering berlaku rusuhan. Ada sahaja pihak yang ingin campur tangan dalam negara tersebut. Berapa banyak rusuhan yang berlaku dalam negara tersebut? Hampir setiap hari ada sahaja yang mati akibat daripada terbuka nya sistem tersebut. Jikalau Malaysia membubarkan Akta Kesalamatan Dalam Negeri ISA, berkemungkinan Malaysia menjadi seperti negara – negara yang selalu mempunyai rusuhan amatlah tinggi. Sudah cukup pelbagai demonstrasi yang dilakukan oleh pihak – pihak tertentu. Pemimpin – pemimpin mereka yang mengarahkan demonstrasi tersebut duduk goyang kaki di rumah sambil bersuka ria seperti orang berpesta, orang awam yang dipergunakan.pula bersedihan dalam tahanan polis.
Yang amat menyedihkan, majoriti yang mengikuti demonstrasi ini adalah daripada kaum melayu itu sendiri. Mereka semunya terdiri daripada golongan – golongan pelajar serta golongan – golongan orang yang berumur. Yang hairannya mengapa golongan – golongan seperti ini di kerahkan untuk melakukan demonstrasi ini?????? Hal ini disebabkan, apabila mereka – mereka ini di tahan di bawah Akta Kesalamatan Dalam Negeri ISA, pemimpin – pemimpin mereka boleh memainkan isu – isu ini untuk mendesak pihak kerajaan untuk membubarkan ISA tersebut. Itulah salah satu stratergi yang digunkan beberapa barisan pemimpin rakyat yang suka mengambil kesempatan untuk kepentingan politik mereka sahaja. Akan tetapi mereka yang dikerahkan ini tidak sedar ke yang anda sedang di permainkan?????? Sedih betul saya melihat apa yang berlaku pada 1 Ogos yang lepas. Itulah senario yang berlaku sekarang. Kita mungkin belum sedar kepentingan ISA itu sendiri disebabkan kita golongan remaja belum berpeluang untuk masuk ke dalam bidang pentadbiran negara. Sekiranya sepuluh atau dua puluh tahun lagi kita diberi peluang memimpin negara, sudah tentu kita akan mengatakan ISA itu penting. Sekiranya kita berada di kerusi Perdana Menteri sepuluh tahun akan datang, kita juga akan merasai apa yang mereka rasai pada masa sekarang. Berkemungkinan akan menjadi lebih teruk lagi pada masa akan datang. Kuasa – kuasa barat juga tidak bersetuju dengan ISA ini. Disebabkan ISA wujud, kuasa – kuasa Barat tidak dapat menghasut rakyat negara ini. Kuasa – kuasa barat lebih menyukai jikalau Akta ini dimansuhkan. Jikalau dimansuhkan lebih senang untuk mereka menjajah pemikiran bangsa Malaysia. Jadi mengapakah kita harus menentang Akta Kesalamatan Dalam Negeri (ISA)? Demi kesahjeteraan umat sejagat, ISA tidak harus dimansuhkan. Hanya orang yang menentang sahaja tidak memikirkan masa depan anak cucu mereka. Yang menyertai perhimpunan haram yang menentang ISA anda hanya dipermainkan oleh pihak yang mementingkan kerjayaan politiknya sahaja. Akhir kata setiap Akta yang di gubal mesti mempunyai kebaikan dan keburukannya. Bangsa Malaysia perlulah berfikiran terbuka serta positif dalam isu yang selalu di kecohkan kebelakangan ini. Kita dapat lihat 10 tahun yang lepas, jarang berlakunya perhimpunan haram. Jarang juga berlaku rusuhan. Mengapa sejak kebelakangan ini selalu sahaja berlaku rusuhan?????? Fikir-fikrkan lah kenapa kejadian ini berlaku??? Anda sendiri yang mempunyai jawapannya.......
Sunday, June 7, 2009
Pahala Terakhir Seorang Isteri
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan darpada Allah.
Peristiwa yang menimpa diri saya kira-kira dua tahun yang lalu sering datang meragut ketenangan yang cuba dipupuk hari demi hari. Saya selalu kecundang. Justeru saya masih belum dapat memaafkan kesalahan yang telah dilakukan. Kesalahan yang disangka ringan, tetapi rupa-rupanya mendatangkan rasa bersalah yang tidak pernah berkesudahan hingga ke hari ini.
Ingin saya paparkan peristiwa yang menimpa diri ini untuk tatapan anda sekalian, untuk dijadikan teladan sepanjang hidup. Untuk pengetahuan semua, di kalangan sahabat-sahabat dan saudara-mara, saya dianggap sebagai seorang isteri yang baik. Tidak keterlaluan jika dikatakan saya menjadi contoh teladan seorang isteri bekerja yang begitu
taat berbakti kepada suami. Walau bagaimana penat dan sibuk sekalipun, urusan rumah tangga seperti melayan suami dan menguruskan anak-anak tidak pernah saya abaikan.
Kami dianggap pasangan romantik. Suami saya seorang lelaki yang amat memahami jiwa saya, berlemah lembut terhadap keluarga, ringan tulang untuk bersama-sama menguruskan rumah apabila pulang dari kerja dan lain-lain sifat yang baik ada pada dirinya. Waktu sembahyang dan waktu makan merupakan waktu terbaik untuk mengeratkan ikatan kekeluargaan dengan sembahyang berjemaah dan makan bersama. Pada waktu inilah biasanya beliau akan memberi tazkirah dan peringatan kepada kami agar menjadi hamba yang bertakwa.
Dari sudut layanan seorang isteri terhadap suami, saya amat memahami akan kewajipan yang harus ditunaikan. Itulah peranan asas seorang isteri terhadap suaminya. Allah menciptakan Hawa semata-mata untuk melayani Adam dan menghiburkannya. Meskipun syurga dipenuhi dengan kekayaan dan kemewahan, namun tidak mampu mengisi jiwa Adam yang kosong melainkan dengan diciptakan Hawa. Oleh itu saya menganggap tugas mengurus rumah tangga, mengurus anak-anak dan bekerja di pejabat adalah tugas nombor dua setelah tugas pertama dan utama, iaitu melayani suami.
Sebagai seorang pekerja yang juga sibuk di pejabat, ada kalanya rasa penat dan letih menghambat sehingga saya pulang ke rumah. Tetapi saya bersyukur kerana suami amat memahaminya. Berkat tolong-menolong dan bertolak-ansur, hal tersebut tidak pernah menjadi masalah dalam keluarga. Bahkan sebaliknya menumbuhkan rasa kasih dan sayang antara satu sama lain kerana masing-masing dapat menerimanya dan mengorbankan kepentingan masing-masing.
Sehinggalah tiba pada satu hari yang mana pada hari itu datangnya ketentuan Allah yang tidak dapat diubah oleh sesiapapun. Hari itu merupakan hari bekerja. Agenda saya di pejabat amat sibuk, bertemu dengan beberapa orang pelanggan dan menyelesaikan beberapa tugasan yang perlu disiapkan pada hari itu juga. Pukul lima petang, saya bersiap-siap untuk pulang ke rumah, Penat dan letih tidak dapat digambarkan.
Apabila sampai di rumah, saya lihat suami telah pulang dari pejabat. Dia telah membersihkan dirinya dan sedang melayani anak-anak, bermain-main dan bergurau-senda. Dia kelihatan sungguh gembira pada petang itu. Saya begitu terhibur melihat telatah mereka, kerana suasana seperti itu jarang berlaku pada hari bekerja. Maklumlah masing-rnasing penat.
Suami sedar saya amat penat pada hari itu. Oleh itu dia meminta agar saya tidak memasak, sebaliknya mencadangkan agar kami makan di sebuah restoran makanan laut di pinggir bandar. Dengan senang hati saya dan anak-anak menyetujuinya.
Kami pulang ke rumah agak lewat, kira-kira jam 11 malam. Apa tidaknya, kami berbual-bual panjang ketika makan, bergurau-senda dan usik-mengusik. Seperti tiada lagi hari untuk esok. Selain anak-anak, suami sayalah orang yang kelihatan paling gembira dan paling banyak modal untuk bercakap pada malam itu.
Hampir jam 12 barulah masing-masing merebahkan badan di katil. Anak-anak yang kekenyangan dan mengantuk segera lelap. Saya pun hendak melelapkan mata, tetapi belaian lembut suami mengingatkan saya agar tidak tidur lagi. Saya cuba menggagahkan diri melayaninya, tetapi hati saya hanya separuh saja jaga, separuh lagi tidur. Akhirnya saya berkata kepadanya sebaik dan selembut mungkin, "Abang, Zee terlalu penat," lalu saya menciumnya dan memberi salam sebagai ucapan terakhir sebelum tidur.
Sebaliknya suami saya terus merangkul tubuh saya. Dia berbisik kepada saya bahawa itu adalah permintaan terakhirya. Namun kata-katanya itu tidak meresap ke dalam hati saya kerana saya telah berada di alam mimpi. Suami saya perlahan-lahan melepaskan rangkulannya.
Keesokannya di pejabat, perasaan saya agak tidak menentu. Seperti ada perkara yang tidak selesai. Saya menelefon suami, tetapi tidak berjawab. Sehinggalah saya dapat panggilan yang tidak dijangka sama sekali - panggilan dari pihak polis yang menyatakan suami saya terlibat dengan kemalangan dan dikehendaki datang segera ke hospital. Saya bergegas ke hospital, tetapi segala-galanya sudah terlambat. Allah lebih menyayangi suami saya, dan saya tidak sempat bertemunya.
Meskipun reda dengan pemergian suami, tetapi perasaan terkilan dan bersalah tidak dapat dikikis dari hati saya kerana tidak melayaninya pada malam terakhir kehidupannya di dunia ini. Hakikatnya itulah pahala terakhir untuk saya sebagai seorang isteri. Dan yang lebih saya takuti sekiranya dia tidak reda terhadap saya pada malam itu, maka saya tidak berpeluang lagi untuk meminta maaf daripadanya.
Sabda Rasulullah s.a.w; "Demi Allah yang jiwaku di tangan-Nya, tiada seorang suami yang mengajak isterinya tidur bersama di tempat tidur, tiba-tiba ditolak oleh isterinya, maka malaikat yang di langit akan murka kepada isterinya itu, hingga dimaafkan oleh suaminya."
Sehingga kini, setiap kali saya terkenang kepadanya, air mata saya akan mengalir di pipi. Saya akan bermunajat dan memohon keampunan daripada Allah. Hanya satu cara saya fikirkan untuk menebus kesalahan itu, iaitu dengan mendidik anak-anak agar menjadi mukmin sejati. Agar pahala amalan mereka akan mengalir kepada ayah mereka. Hanya itulah khidmat yang dapat saya berikan sebagai isterinya. Itulah harapan saya... semoga Allah perkenankannya
Monday, April 27, 2009
permulaan sebuah pengembaraan
Pada 20 April yang lepas pengambaraan aku bermula sebagai pekerja di salah sebuah sektor awam. Pengembaraan ini akan aku lalui sehingga 3 bulan. Pada hari tersebut aku telah diletakkan bersama-sama dengan pegawai khidmat pelanggan. Pengalaman aku berada di kaunter agak menyeronokkan kerana boleh berinteraksi dengan masyarakat sekeliling. Agak menyeronokkan juga bidang pekerjaan nie. hehehe~
tp ape2 hal aku akan lalui semue rintangan nie dgn penuh sabar. Dengan cara nie br aku akan tau bagaimana cara orang mencari rezeki dengan bekerja.
16 april yang lepas adalah hari yang di nanti
Pada 16 April yang lepas adalah hari ulang tahun aku yang ke 21. Sedar x sedar aku dh dewasa. Pada hari tersebut aku sangat gembira disebabkan ramai kenalanku memberi ucapan selamat ulang tahun kepadaku. Pada hari tersebut aku telah mendapat hadiah daripada member-member aku. Aku sungguh tidak percaya akan apa yang aku terima. Pada hari tersebut juga merupakan hari terakhir exam ku. memang best dpt blk kampung.
Saturday, April 11, 2009
kedatangan yang di nantikan...
aku tidak sabar menanti kedatangan hari istemewa aku. sedar tak sedar, umur aku akan bertambah lagi setahun. akan tetapi aku agak terkilan, kerana pada tahun ini tidak dapat sambut seisi keluarga tercinta. hal ini semuanye gara-gara exam. tapi ape akan daye dh nasib. setiap tahun aku mengalami nasib seperti nie. hurm.... ape2 hal aku x sabar menanti harinyer....
Wednesday, April 8, 2009
Monday, April 6, 2009
koleksi pic terbaru....
ada org kate aku nie giler cam...
tp hakikatnyer btl....
tgk r koleksi terbaru pic aku...
hehehe~
gambar nie wkt kat dlm library...
nie gambar aku dalam bilik.... malu giler bilik x kemas...
nie lak pic aku kat melaka.....
nie pic aku kat atas kapal... dh mcm lanun... hahaa~
hakikatnyer aku memang suke bergambar....
nanti aku tunjuk gambar dinner lak...
Tuesday, March 31, 2009
April Fool..Bodoh Dan Diperbodohkan
Persoalannya mengapa hari ini umat Islam terutamanya generasi muda tidak ambil peduli hari-hari besar Islam ini. Remaja Islam kita lebih menunggu kehadiran 1 Januari untuk bersukaria. Kemudian pula menanti 14 Februari untuk merayakan hari yang disebut “valentine day”, selepas itu bergurau senda dan mengenakan kawan rakan pada 1 April yang disebut “April fool”. Sedangkan kita sering diberitahu disetiap ketika hampirnya hari-hari tersebut agar jangan merayakan sambutanhari-hari berkenaan kerana ianya bercanggah dan tidak ada kena mengena dengan agama Islam. Sebaran email membantah hari-hari seperti itu dirayakan sering sampai kepada kita malah kadangkala khutbah Jumaat juga sering menyentuh perkara ini betapa ianya tidak boleh disambut kerana tidak digalakan dalam Islam. Semua ini tidak diambil peduli dan umat Islam terutamanya para remaja masih terus merayakannya.
Menyambut tahun baru contohnya, bermula dari 31 Disember petang para remaja berduyun-duyun ke tempat-tempat keramaian di mana acara sambutan itu diadakan. Dengan pakaian yang terlalu mendedahkan dan berpacaran bersama pasangan masing-masing mereka tanpa segan silu melakukan sesuatu yang melampaui budaya adat dan agama.
Begitu juga dihari “Valentine day” pasangan yang kononnya sedang berkasihan bertukar-tukar hadiah, bercumbuan dan ada yang beralkohol sehingga mabuk sebagai tanda setia pada kekasih. Meeka hanya sedang di alam percintaan sahaja yang belum pun disahkan sebagai suami isteri yang sah tetapi telah melampaui perjalanan hidup suami isteri. Apakah maknanya semua ini?
Penganiayaan, tipu helah, gurau senda melebihi batasan dan pembohongan menjadi mainan pula pada “April fool” yang sehingga kita tiada hak untuk menunjukkan kemarahan apabila diri dihina atau ditipu pada hari itu. Sedangkan di dalam Islam yang cukup indah melarang sama sekali untuk menipu, berbohong dan menjatuhkan maruah orang lain. Kenapa pula pada “April fool” dibenarkan dan dihalalkan? Siapakah yang mengajar semua ini?
Tidak ada dalam sejarah agama kita yang menunjukkan bahawa budaya-budaya songsang yang dinyatakan di atas tadi diperkenalkan oleh mereka yang asalnya dari orang Islam sebaliknya budaya kotor ini diperkenalkan kepada kita oleh masyarakat lain yang tidak beragama Islam. Merayakan tahun baru masehi dibuat oleh masyarakat Kristian beratus tahun yang lalu sebelum budaya ini merebak sampai kepada pengetahuan umat Islam. Apabila umat Islam diperkenalkan dengan budaya ini, kita terus sahaja menerima segala perlakuan dan tatacara kaedah merayakannya tanpa tapisan menyahkan unsur-unsur negatif yang terdapat dalam sambutan itu. Kita menerima bulat-bulat tanpa pengubahsuaian agar ianya tidak bercanggah dengan kehendak agama.
“Valentin day” merupakan perayaan memperingati seorang paderi tetapi apabila dinobatkan sebagai hari kekasih, kita langsung menerimanya walaupun kita telah tahu sejarah dan asal usul bermulanya hari itu. Kita buat-buat tidak peduli. Hari ini ramai sudah tahu bahawa valentine mengambil sempena seorang paderi St. Valentino pula merupakan seorang paderi utama yang hidup pada zaman pemerintahan Ratu Isabella dan merupakan antara orang terpenting yang menjatuhkan dan menzalimi umat Islam Cordova, Sepanyol pada zaman lampau.
Rasulullah lahir pada 12 Rabiul Awal manakala tarikh kejayaan St.Valentino dan konco-konconya menawan Cordova daripada umat Islam ialah pada 14 Februari. Peliknya terutama di kalangan umat Islam sendiri, tarikh 14 Februari lebih senang untuk diingati berbanding 12 Rabiul Awal itu sendiri. Pelbagai acara diadakan pada hari itu oleh anika pertubuhan, orang perseorangan, edaran kad-kad ucapan hatta malah ada juga media elektronik yang mewujudkan satu program hiburan sempena Hari Valentine.
Mengikut ceritanya seperti dijelaskan oleh Pensyarah Perbandingan Agama, Akademi Islam, Universiti Malaya, Khadijah Mohd. Hambali berkata, Valentine atau nama sebenarnya St.Valentino merupakan seorang paderi yang paling berpengaruh di zaman pemerintahan Ratu Isabella dari Sepanyol. Kedudukannya dikatakan di tempat kedua selepas Pope. Kaitannya dengan Hari Valentine yang disambut oleh masyarakat dunia hari ini termasuk di kalangan umat Islam sendiri mempunyai dua versi.
Versi pertama ialah dia merupakan orang terpenting Ratu Isabella yang berperanan menumpaskan kerajaan Islam Cordova, Sepanyol. Jasanya itu dianggap oleh Ratu Isabella sebagai amat bermakna sehingga Valentino dianggap kekasih rakyatnya sendiri. Justeru itu 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum di samping hari untuk merayakan kemenangan tersebut setiap tahun sekaligus mengenangnya sebagai mengingati St. Valentino sebagai rakyat Cordova.
Menurut versi kedua pula, St. Valentino sebelum kejayaan itu dikatakan mempunyai dua orang kekasih. Kekasih pertama dikatakan beragama Islam manakala yang kedua beragama Kristian berfahaman Protestan. Oleh kerana berlainan agama, St. Valentino terpaksa melupakan kekasih pertama dan menumpukan perhatian kepada kekasih kedua. Apabila ditanya Ratu Isabella apakah bentuk ganjaran yang boleh dikurniakan berikutan kejayaannya mengalahkan umat Islam, St. Valentino terus menyatakan yang dia ingin berkahwin dengan kekasih keduanya itu.
Ini terus menimbulkan kegemparan di kalangan rakyat Cordova sendiri kerana Valentino merupakan paderi Katolik yang tidak boleh berkahwin dengan pengamal Protestan sementelahan lagi paderi sememangnya tidak boleh berkahwin. Ratu Isabella pula dikatakan murka dengan hasrat St. Valentino lantas memenjara paderinya itu buat sementara waktu. Begitupun, baginda tetap mahu cuba mengingati jasa paderinya itu dengan menetapkan 14 Februari sebagai Hari Mengingati Kekasih yang diuntukkan khas untuk St. Valentino sendiri
Berdasarkan kedua-dua versi itu, apakah asas yang kukuh sehingga umat Islam sendiri menganggap Hari Valentine itu? Atau pun, mereka hanya mengikut budaya Barat secara membuta tuli sedangkan tidak mengetahui siapakah sebenarnya St. Valentino itu.
Menyentuh kepada “April Fool's Day” ini, dipercayai ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada,Sepanyol. Kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian dan penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan usaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol.
Penduduk-penduduk muslim ini,ditipu bahwa mereka dibenarkan meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh diperlabuhan. Orang-orang Muslim ini pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan dan setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Malangnya pada keesokan harinya (1April), ketika menuju ke pelabuhan pihak musuh mengambil kesempatan untuk menggeledah, membakar dan membunuh penduduk-penduduk Islam ini.
Penipuan inilah yang dinamakan “April fool” yang mereka rayakan dan hari ini kita umat Islam juga turut sama menyambutnya.
Lalu ingin ditanya di sini di manakah maruahnya kita hari ini.? Tidakkah kita merasa malu dan terhina merayakan sesuatu yang bukan merupakan hak dan budaya kita? Apakah kurangnya kita jika kita membiarkan hari-hari itu berlalu sahaja tanpa kita ambil peduli? Dan apa pula yang kita dapat kerana merayakannya?
Jawapannya kita tidak mendapat apa-apa ketika merayakannya malah menghina diri sendiri dan kita tidak rugi apa-apa jika menjauhinya. Oleh itu lupakanlah hari seperti itu yang tidak membawa sebarang kebaikan.
Saturday, March 21, 2009
Rahsia hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga
ORANG tua dulu diketahui memang banyak kepercayaan dan pantang larangnya termasuklah, dalam urusan mencari pasangan hidup. Percaya atau tidak orang tua dulu kebanyakan berpegang kepada konsep untuk mengetahui sifat mahupun ciri peribadi calon pasangan yang dipilih, perlulah diketahui kedudukannya dalam struktur keluarga.
Orang tua dulu percaya, urutan kelahiran boleh mempengaruhi perilaku seseorang dalam menjalin hubungan kasih sayang. Maka itulah ada yang amat yakin, anak sulung sebaik-baiknya tidak sesuai berkahwin dengan pasangan juga anak sulung. Alasan diberi, kedua-duanya mempunyai sifat dasar yang sama, setidak-tidaknya sifat manja dan keras kepala.
Begitu jugalah jika anak bongsu, elakkan mencari pasangan yang sama-sama bongsu dalam keluarga kerana kedua-duanya sukar mengawal situasi. Selain itu, jika anak bongsu bertemu anak tunggal, hubungan itu turut dikatakan, bakal bergejolak kerana kedua-duanya sama-sama memerlukan perhatian.
Bagaimanapun, sulung bertemu tunggal ada keserasian, tetapi anak sulung tidak boleh terlalu tegas. Kecenderungan anak tunggal yang manja bererti harus ada pengorbanan dan mesti fahami keadaan itu.
Pasangan sama kedudukan anak tengah pula dikatakan, sangat padan. Pasangan ini dapat pergi ke mana pun dan memutuskan apa saja yang mereka sukai. Apabila yang satu cenderung seperti anak sulung, pasangannya pula seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Benar atau salah pandangan mahupun saranan orang tua dulu itu, tidaklah diketahui kebenarannya, tetapi ramai mengakui, persoalan ini sehingga kini masih menjadi bahan bicara. Namun, jika dihalusi ada kebenaran kerana lazimnya, untuk mengetahui karakter seseorang antara cara yang dapat dilihat adalah melalui urutan kelahiran, selain berdasarkan tarikh lahir.
Bagaimanapun, jika sudah ditakdirkan bertemu jodoh mampukah perasaan cinta dan kasih sayang itu diketepikan?
Kepercayaan sekadar satu panduan
Ahli psikologi Barat, Dr. Kevin Leman membuat huraian mengenai hubungan pasangan mengikut urutan dalam keluarga.
Terpulanglah kepada anda sama ada mahu percaya atau tidak:
Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.
Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah cenderung bersikap seperti anak bongsu, mereka dapat menjadi pasangan yang cukup serasi.
Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.
Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
***peringatan: pilihlah pasangan yang sebetulnye.... ikut gerak hati dan naluri anda.... hehehe~
Thursday, March 12, 2009
kesibukan yang terlmpau....
kebelakangan ini aku terlalu sibuk sehinggakan rehat pn x ckp....
tp ape2 hal aku dh bertukar wajah skt....
hehehe~
inilah wajah baru aku....
Sunday, February 8, 2009
teringat akan dikau....
di keheningan malam ini, aku mula teringat kenangan kita berdua... aku harap dikau akan hadir di dalam mimpi2 ku.....
Tuesday, January 20, 2009
Kisah 3 Pemuda Di Dalam Gua
"Demi Allah, tidak akan ada yang dapat menyelamatkan kalian kecuali sifat jujur (keikhlasan), oleh karenanya, saya harap agar masing-masing kalian berdo'a (kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala) dengan perantara (wasilah) suatu amal yang dia yakin dikerjakan dengan penuh kejujuran (keikhlasan).
Seorang dari mereka berdo'a: "Ya Allah, Engkau tahu bahwa dulu aku punya seorang pekerja yang bekerja padaku dengan imbalan 3 gantang padi. Tapi, tiba-tiba dia pergi dan tidak mengambil upahnya. Kemudian aku ambil padi tersebut lalu aku tanam dan dari hasilnya aku belikan seekor sapi. Suatu saat, dia datang kepadaku untuk menagih upahnya. Aku katakan padanya, 'Pergilah ke sapi-sapi itu dan bawalah dia'. Dia balik berkata, 'Upahku yang ada padamu hanyalah 3 gantang padi'. Maka aku jawab, 'Ambillah sapi-sapi itu, sebab sapi-sapi itu hasil dari padi yang tiga gantang dulu'. Akhirnya dia ambil juga. (Ya Allah), bila Engkau tahu bahwa apa yang aku perbuat itu hanya karena aku takut kepadaMu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini)." Tiba-tiba batu besar (yang menutupi gua itu) bergeser.
Seorang lagi berdo'a: "Ya Allah, Engkau tahu bahwa aku mempunyai bapak-ibu yang sudah tua. Setiap malam aku membawakan untuk keduanya susu dari kambingku. Suatu malam aku datang terlambat pada mereka. Aku datang kala mereka sudah tidur lelap. Saat itu, isteri dan anak-anakku berteriak kelaparan. Biasanya aku tidak memberi minum buat mereka sehingga kedua orang tuaku terlebih dahulu minum. Aku enggan membangunkan mereka, aku juga enggan meninggalkan mereka sementara mereka butuh minum susu tersebut. Maka, aku tunggu mereka (bangun) sampai fajar menyingsing. (Ya Allah), bila Engkau tahu bahwa hal tersebut aku kerjakan hanya karena takut padaMu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini). Tiba-tiba batu besar itu bergeser lagi.
Yang lain lagi juga berdo'a: "Ya Allah, Engkau tahu aku mempunyai saudari sepupu (puteri paman), dia adalah wanita yang paling aku cintai. Aku selalu menggoda dan membujuknya (berbuat dosa) tapi dia menolak. Hingga akhirnya aku memberinya (pinjaman) 100 dinar. (Jelasnya), dia memohon uang pinjaman dariku (karena dia sangat membutuhkan dan terpaksa), maka (aku jadikan hal itu sebagai hilah untuk mendapatkan kehormatannya). Maka aku datang kepadanya membawa uang tersebut lalu aku berikan kepadanya, akhirnya dia pun memberiku kesem-patan untuk menjamah dirinya. Ketika aku duduk di antara kedua kakinya, dia berkata, 'Bertakwalah engkau kepada Allah, janganlah engkau merusak cincin kecuali dengan haknya'. Maka dengan segera aku berdiri dan keluar meninggalkan uang 100 dinar itu (untuknya). Ya Allah, bila Engkau tahu bahwa apa yang aku kerjakan itu hanya karena aku takut kepadaMu, maka keluarkanlah kami (dari gua ini)". Tiba-tiba bergeserlah batu itu sekali lagi, dan Allah pun mengeluarkan mereka . (HR. Al-Bukhari dan Muslim)
Darah Merah Aqsa
Dia mengerutkan dahinya. Sesekali mendengus. Muak dengan perkembangan yang disampaikan. Liputan sidang damai yang sedang berlangsung di Tel Aviv di antara Yasser Arafat dan Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Pertemuan diplomasi yang sudah termakruf akan natijahnya. Ucapan kedua-duanya juga diselang-selikan dengan sedutan beberapa siri sidang damai yang telah lalu, yang tidak pernah mendatangkan manfaat bagi Islam.
Melambat-lambatkan kebangkitan!
Remote-control ditekan. Televisyen padam serta merta. Tubuh yang letih disandarkan ke sofa lembut. Matanya melilau mengitari ruang tamu. Di depan ada almari. Di atasnya ada televisyen, piala, medal, bunga, dan susunan buku. Sebuah
radio tua mengisi di sudut kanan. Di dinding, ada foto berbingkai. Gambar Masjidil Aqsa di Baitul Maqdis. Ziyad merenung kubah kuning keemasan yang seakan-akan maya. Lama. Tidak semena-mena rindunya terhadap Quds tanah airnya semacam melimpah.
“Jangan engkau kuatkan azam untuk mendatangi melainkan yang tiga ini: Masjidil Haram, Masjidil Aqsa, dan Masjidku ini.”
Suara uzur bapanya menuturkan hadis itu memancing tumpuannya. Buku yang sedang dibaca segera dikatup. Ziyad menghadapi bapanya. Memandang wajah tua yang putih bersih.
“Bapa teringatkan Quds?” sapanya. Dia melihat mata lelaki itu berkaca.Syeikh Mahfodz tersenyum.
“Aku sedih. Umat Islam sekarang tak dapat melakukan apa yang disabda oleh Rasulullah SAW,” luahnya, bernada kesal.
Matanya yang agak terperosok ke dalam meneliti mashaf al-Quran yang lusuh. Menghayati maknanya barangkali. Bapanya seorang ulama. Seorang tokoh mujahid yang kehilangan tanah air dan telah dilupakan.
Ziyad terus memandang bapanya yang lumpuh. Menanti-nanti kalimat yang bakal terluah. Dia tahu; bila bapanya berkeadaan begitu, ada sesuatu yang ingin diberitahu. Mungkin tentang mimpinya yang semakin gharib kebelakangan ini. Bapanya pernah bermimipi Perang Teluk akan terjadi. Dan mimpi bapanya terbukti benar.
Syeikh Mahfodz mulai membaca ayat-ayat suci al-Quran. Matanya
terpejam. Dia hafiz. Ziyad hanya mendengar. Surah al-Isra’, ayat satu hingga lapan. Dibaca secara tartil. Sayu.
“Quds adalah kiblat asal kita sebelum diubah ke Kaabah.” Dia menutup mashaf. “Masjidil Aqsa sudah sebati dengan jiwa aku. Aku membesar di situ. Belajar di situ. Madrasah tarbiah yang telah membentuk sakhsiahku.”
Ziyad mengangguk. Dia tahu asal-usul meraka. Sejarah bapanya menentang penjajahan Yahudi. Bapanya berasal dari Rafat di Tebing Barat. Tetapi dibesarkan di pinggir Masjidil Aqsa. Sejak berhijrah ke Jordan, bapanya tidak pulang-pulang ke Palestin. Kesemua ahli keluarganya terbunuh dalam perang, kecuali dia dan adik lelakinya yang masih menetap di sana.
“Mengapa bapa? Ada yang tak kena?” Ziyad terus menyoal. Dia sedar bapanya mahu mengungkapkan sesuatu.
Syeikh Mahfodz menatap wajah anaknya dalam-dalam. Kemudian mengangkat tangannya. Ziyad merapati bapanya. Lantas memeluk lelaki itu.
“Aku mahu kau juga jadi seorang pejuang.”
Air mata bapanya membasahi bahu. Air mata seorang bekas pejuang yang tua dan lumpuh. Dia mengerti bapanya amat kesal kerana menjadi pelarian ke Jordan, sementara adiknya masih lagi berjihad. Keadaan waktu itu yang mendesak, yang memaksanya lari ke Jordan. Mereka tiada senjata untuk melawan. Sekadar membiarkan leher disembelih Yahudi tanpa sebarang ikhtiar, bukan caranya.Sebab itulah yang membawa bapanya ke sini. Biarpun telah beberapa dekad ia berlalu, namun semangat jihad itu masih seperti dulu.
Bayu padang pasir yang berhembus menggoyangkan langsir. Ziyad kembali dari imbauan lampau. Dia mengesat birai matanya yang sedikit basah. Terngiang-ngiang pesan bapanya di gegendang. Hajat bapanya yang mahu dia menjadi pejuang; menyambung sisa-sisa perjuangannya sewaktu muda dulu.
Dua minggu selepas peristiwa itu, bapanya meninggal setelah angin ahmarnya menyerang lagi. Itu empat tahun yang lalu. Sekarang dia mahasiswa tahun akhir Kuliyyah Siasah Universiti Yarmouk, Irbid. Pengajian politiknya akan berakhir musim panas ini. Tetapi, akhir-akhir ini dia sering terpanggil.Bayangan Masjidil Aqsa acapkali mengganggu tidurnya. Kerinduannya terhadap bumi berkat itu semakin membara. Mungkin perlu dia menziarahi Palestin buat kali pertama.
Thariq yang muncul dari dapur menghidupkan radio. Di tangan kanannya sepinggan humus dan falafil. Tangan kirinya menatang teko dan roti. Habibi Ya Nural Ain dendangan Amru Dhiyab sedang berkumandang. Keheningan segera terisi. Ziyad menceber. Irama arab cukup dibenci. Faudho.
“Sudah berapa kali aku kata, usah ingat dia lagi. Nawwal tak sesuai dengan kau. Dia Masihi.Pegangan kita jauh berbeza.” Thariq mengomel.
Ziyad menggeleng-geleng. Kesal dengan anggapan itu. Adiknya yang satu ini memang sering menuduhnya menggilai Nawwal – gadis Kristian yang menjadi rakan sekuliah.
“Apa kena kau ni? Aku dah lupakan dia,” tegasnya. Dia mencubit roti, lalu dicecah dengan humus sebelum disuap ke mulut. Thariq mencapai majalah Al-Mujtama’. Menatap sekali imbas ilustrasi muka depan. Kemudian menyelak helaian demi helaian.
“Aku nak ke Quds cuti musim bunga ini.”
Thariq masih leka membaca. Telinganya gagal menangkap jelas apa yang dituturkan. Ditambah suara Amru Dhiyab yang lantang.
“Aku akan ke Quds sebelum semester musim panas ini,” luah Ziyad sekali lagi.
“Kau gila?” Mata Thariq terbeliak. “Engkau tu tinggal satu semester lagi. Ingat sikit, sejak Netanyahu berkuasa, semangat anti-Arab semakin berleluasa. Semua pelawat dari Jordan disyaki pengintip.” Al-Mujtama’ dicampak ke tepi. Dia tidak
setuju dengan keinginan abangnya. Niat itu suci, tetapi agak gila.
Ziyad tersenyum polos.
“Adik, barangkali kau dah lupa pesan bapa. Lagipun, Pakcik Ma’mun ada di sana. Mereka juga keluarga kita kan.”
“Aku tau. Tapi kenapa kau terburu-buru? Kau ada satu semester saja lagi. Ibu tentu tak setuju. Nahas kalau terjadi apa-apa.” Thariq memandang tepat wajah abangnya. Meminta penjelasan.
Ziyad geleng. Hatinya sudah bulat untuk ke Baitul Maqdis awal Jun nanti. Sudah lama dia memikirkan keinginannya yang satu ini. Semangatnya untuk menyaksikan sendiri intifadhah muslimin Palestin meluap-luap. Kalau ibunya tidak setuju, tahulah dia bagaimana mahu memujuk. Jus limau yang masih berbaki diteguknya sekali.
“Untuk apa takut? Ajal maut di tangan Tuhan,” selanya seraya bingkas dan melangkah ke kamar.
Thariq terkasima. Memandang roti, humus,dan falafil yang terbiar. Dia bagai tidak percaya dengan apa yang didengar.
* * *
Makcik Sarah menghidangkan sepiring kinafah yang telah dipotong. Bibirnya dari tadi sentiasa mengukir senyum. Gembira dengan kedatangan anak saudaranya. Pakcik Ma’mun menghirup teh yang masih berasap. Aroma herbanya menusuk hidung. Sementara Ziyad mengeluarkan buah tangan yang dibawanya dari Jordan. Kiriman ibu.
“Jordan masih macam dulu, pakcik,” selanya. Hadiah bertukar tangan.
Makcik Sarah yang peramah tidak putus-putus mengucapkan terima kasih. Ziyad senyum. Hatinya terharu, selebihnya bersyukur. Dia sendiri tidak menyangka akan berada di rumah bapa saudaranya. Setelah berjam-jam bersoal jawab di kedutaan, bahkan disoal siasat hampir sehari suntuk di sempadan, dia akhirnya beroleh visa. Bebas untuk menginjaki tanah airnya. Tidak ramai rakyat Jordan yang beruntung dapat masuk ke Palestin.
“Lama betul pakcik tak ke sana, sejak kematian arwah bapa kau. Cuma, selalu juga ikut perkembangan di televisyen.”
“Sama saja, pakcik. Baik di Jordan, Lebanon, mahupun Palestin. Nasib kita orang Islam tak pernah berubah. Ditindas, ditekan di mana-mana.”
Siaran televisyen Israel 2 ketika itu sedang menyiarkan pertemuan Raja
Hussein Jordan dengan Bill Clinton di Rumah Putih. Ziyad mencemik. Meluat dengan lakonan Barat. Sandiwara mereka tidak pernah tamat. Macam-macam muslihat yang dibuat.
“Tengok tu. Sidang damai tak pernah putus. Tapi, semuanya membuang masa. Membuang duit.” Ada nada kesal dalam suara Ziyad. “Begitulah pemimpin kita … kalau sudah dicucuk hidung.”
Pakcik Ma’mun mengangguk. Segalanya sudah termaklum. Pemimpin Arab
tidak pernah mahu bersatu. Saling bertelagah. Terlalu mengikut telunjuk Barat. Sedangkan kezaliman Yahudi kian bermaharajalela. Rakyat jugalah yang menjadi mangsa. Seinci demi seinci bumi mereka dirampas.
“Pakcik dah tak mampu nak aktif macam dulu. Selalu sangat uzur. Tak daya lagi nak berintifadhah. Cuma tinggal Munzir saja harapan kami.”
“Emm … hampir terlupa saya. Ke mana dia?” Ingatannya cuba membayangkan sepupunya itu. Sudah empat tahun tidak bertemu. Kali terakhir ketika kematian bapanya. Mereka hampir sebaya. Pelajar Universiti Hebron itu barangkali sudah bekerja.
“Dia keluar sejak pagi.” Pandangan Pakcik Ma’mun tertancap pada jam di
dinding.
“Selalunya dia dah pulang waktu begini.”
Ziyad menjamah kinafah buatan Nablus yang terbiar sejak tadi. Cukup manis. Sekali-sekala matanya terpandang kelibat Sandora sepupunya yang berulang-alik ke dapur. Gadis itu cukup menjaga aurat dan pergaulannya. Gadis-gadis arab memang terpelihara. Tidak sewenang-wenang bercampur dengan lelaki ajnabi.
Seketika, loceng berbunyi. Seorang lelaki muncul di pintu. Munzir yang baru pulang masuk ke ruang tamu. Terkejut campur gembira melihat kehadiran sepupunya. Ziyad bingkas. Mereka segera bersalaman, berpelukan. Dan akhirnya sama-sama duduk di kusyen lusuh.
“Ke mana kau tadi?” tanya bapanya.
“Bayt Lehem. Ada pertemuan dengan pelajar. Dengar cerita, lusa ada rapat umum di Hebron. Netanyahu dan pimpinan tertinggi Likud akan melawat penempatan Yahudi di sana.”
Ziyad sekadar mendengar. Di hatinya terbetik rasa tidak sabar. Dia mahu menimba pengalaman sebanyak mungkin dari keluarga ini. Malah, dia mahu merasai sendiri derita Palestin yang sekadar didengar sekian lama.
“Kau terlibat?” Dia memandang Munzir. Lelaki yang melilit serban merah di leher itu memang bercirikan seorang mujahid. Dengan tarbus merah di kepala; mirip Hassan al-Banna. Tampak berani dan cekal.
Angguk. “20 ribu penduduk asal Muslim diusir. 400 pendatang haram Yahudi dari Amerika akan membuka penempatan baru di sana. Kami akan berdemonstrasi.”
* * *
Selesai solat zuhur di Masjidil Aqsa, mereka meneruskan perjalanan ke Hebron kira-kira 60 kilometer ke selatan Quds. Munzir di sebelahnya sentiasa berzikir. Dua lagi rakan Munzir yang berada di depan hanya menyepi. Ziyad banyak membuang pandangannya ke luar. Tembok Baitul Maqdis semakin ditinggalkan di belakang. Di kiri kanan jalan, poster Netanyahu begitu banyak tertampal di sana sini. Beberapa slogan Yahudi juga turut terpampang sekali.
‘Tidak bermakna Israel tanpa Quds, tidak bermakna Quds tanpa Haikal’.
Propaganda Yahudi itu menjengah ruang mata. Sempat dia membaca tulisan besar di tepi jalan yang ditulis dalam bahasa Arab. Tadi, semasa tiba di Masjidil Aqsa, dia ingin melihat sendiri pembinaan terowong Haikal Sulaiman yang digembar-gemburkan. Tetapi, Munzir melarang. Telah ramai yang tidak pulang katanya bila mendekati kawasan itu. Hati Ziyad berasa amat benci dengan Yahudi. Perangai mereka pun tidak pernah berubah sejak dahulu. Tamak. Suka menindas. Memang wajarlah mereka dilaknat di dalam al-Quran.
Mereka melewati Bayt Lehem sebelum terus ke selatan. Ziyad teringat cerita bapanya. Saudara-maranya begitu ramai tinggal di bandar tempat kelahiran Nabi Isa AS ini. Itu dulu. Tetapi sejurus terjadinya Perang Arab-Israel pada 1967, ramai yang maut. Ada juga yang menjadi pelarian ke Lebanon.
“Sebelum sampai di sana, perbetulkanlah niat kita. Sekiranya kita ditakdirkan mati, biarlah sebagai syahid.” Munzir yang tadinya ralit berzikir menuturkannya. Mulutnya masih terkumat-kamit. Di wajahnya tiada sebarang kegentaran. Tenang. Ziyad mulai menghitung-hitung dirinya. Mentajdid niatnya kembali. Tidak pernah dia bermimpi akan berada di sini. Merasai detik-detik perjuangan. Alangkah baiknya, jika Thariq turut ada bersama. Kendatipun dia bersyukur, adiknya sanggup menjaga ibu dan keluarga sepemergiannya.
Perjalanan tidak terasa terlalu lama. Masing-masing asyik dalam zikir. Sepuluh minit, dua puluh minit. Sebentar kemudian mereka tiba di sebuah bandar. Di sebuah papan tanda tertera perkataan ‘Al-Khalil’, atau Hebron dalam bahasa Ibrani. Ziyad memandang sepupunya.
“Rapat umum itu bermula pukul berapa?”
“Dua.” Munzir menjawab sepatah. Bibirnya sentiasa basah. Zikirnya semakin deras.
Ziyad mengelih jam. 1:45 petang. Kereta terus bergerak. Satu kilometer
kemudian kereta berhenti. Di luar, ratusan anak muda sudah menanti. Lengkap bersepanduk. Rata-ratanya menutup muka dengan kain serban; mengelak dicam pihak berkuasa. Laungan takbir berbaur suara manusia menjadikan suasana agak bingit.
Ziyad sekadar melihat. Suasana begini terlalu asing baginya. Dia menuruti sahaja langkah Munzir. Lelaki bertarbus itu begitu sibuk. Bergegas ke sana ke mari. Bagai seorang ketua, setiap katanya akan dipatuhi. Dia begitu dihormati. Munzir mencapai pembesar suara. Kemudiannya, berucap seketika. Sejurus itu, mereka mula berarak perlahan-lahan menuju ke pusat bandar. Gema takbir terus kedengaran. Mereka mahu berdemonstrasi secara aman. Tatkala itu, matahari bersinar terik. Langit bersih membiru. Tiada sedikit pun awan yang berarak. Angin gurun yang bertiup dari tenggara sesekali mencium pipi. Panas.
Ziyad terkejut apabila bahunya dicuit orang. Munzir yang tadi berada di barisan paling depan sudah berada di sebelahnya. Mereka kini berada di tengah-tengah perarakan. Beberapa orang kanak-kanak masih lagi sempat berkejaran di celah-celah ratusan manusia.
“Aku harap kau mendapat pengalaman yang paling berguna. Inilah perjuangan kami,” tutur Munzir. Suaranya masih dapat didengar sekalipun takbir kian kuat. Dia menyarung topeng kain ke muka. Tidak lagi bertarbus. Yang nampak, hanya dua biji matanya.
“Aku tak pernah bermimpi bersama-sama kalian.” Ziyad melilit serbannya ke paras hidung.
“Munzir, kau yang merancang semua ini?”
Lelaki itu mengangguk. Ziyad tidak terkejut. Dari tadi dia sudah menjangka, lelaki inilah yang memimpin golongan pelajar dan belia. Pengatur setiap ucapan, rusuhan, dan tunjuk perasaan selama ini. Dia berasa dirinya terlalu kecil. Mereka berdua hampir sebaya. Tetapi sepupunya nyata jauh lebih matang. Malah, sudah bergelar seorang pejuang!
“Jihad tidak semestinya dengan senjata. Yang penting, kerana Allah,” bisik Munzir di telinganya sambil menguntum senyum.
Mereka semakin hampir dengan pusat bandar. Ziyad cuba-cuba menyusup ke barisan hadapan. Tiba-tiba, terdengar bunyi tembakan. Perarakan terbantut. Orang ramai mulai kelam-kabut. Masing-masing cuba menyelamatkan diri. Ledakan rifel bersimpang siur. Beberapa kedai di sekitar itu dihujani peluru sesat. Nun di depan, berderet-deret trak askar sedang menuju ke arah mereka.
Munzir segera menarik tangannya. Mereka berundur ke belakang. Berlindung di balik tembok sebuah kedai. Bom gas pemedih mata yang ditembak dari jauh bersepah di jalan. Askar-askar rejim Zionis semakin dekat. Beberapa orang pelajar yang tidak sempat melarikan diri ada yang rebah. Masing-masing panik. Tidak menyangka perarakan akan disekat sebegini cepat. Biasanya askar-askar Israel akan bertindak bila rakyat memberontak.
Namun para pelajar yang tadinya bertempiaran cuba bertindak balas. Mereka melastik dan membaling batu. Beberapa pelajar yang rebah mula menjadi mangsa. Dipukul tanpa belas kasihan. Beberapa orang lagi yang gagal melarikan diri diheret masuk ke trak. Munzir sempat mengarahkan beberapa orang melempar bom asap. Setidak-tidaknya akan mengabui lawan; membolehkan mereka melepaskan diri. Tanpa dijangka, beberapa jip muncul dari arah belakang. Masing-masing sudah kehilangan arah. Suasana menjadi semakin kalut. Mereka terkepung!
Munzir menjerit mengarahkan mereka supaya menyelamatkan diri. Dia gusar semakin ramai yang akan ditahan pihak berkuasa. Buruk padahnya. Mereka terus bertempiaran. Menerobos lorong-lorong di sekitar itu. Letusan senjata api di mana-mana. Jeritan dan tempikan mula kedengaran. Ada pelajar yang telah kena tembak. Ramai juga yang cedera.
Tanpa menoleh ke belakang lagi, Ziyad mengikuti derap sepupunya. Mereka berlari sekuat hati. Nahas jika tertangkap. Ada jip askar yang mengikuti di belakang.
“Kita kena khianat. Celaka. Ada orang bocorkan rahsia!” Munzir menyumpah-nyumpah. Langsung tidak menyangka rancangannya memprotes pengusiran penduduk asal Arab dikesan lebih awal. Tentu ada yang jadi tali barut. Wajahnya membersut geram.
Mereka terus berlari. Ziyad mulai termengah-mengah. Lariannya tidak sederas tadi. Masing-masing kehilangan nafas. Tidak semena-mena, Munzir rebah. Mata Ziyad terbelalak melihat bahu sepupunya ditembusi peluru. Darah panas memancut-mancut keluar. Dia memangku Munzir.
“Lari!” Suruh Munzir, lirih. Tubuhnya semakin lemah.
Ziyad menggeleng. Tidak tergamak meninggalkan Munzir keseorangan nazak di situ. Dia cuba memapah sepupunya. Namun apabila dia bangkit, beberapa orang lelaki bersenjata api sudah berada di sekelilingnya.
* * *
Irbid macam biasa. Malam kelam. Bulan agak terlindung. Namun tiada tanda-tanda hujan akan turun. Musim panas baru hendak bermula. Thariq berdiri di jendela kamarnya. Pandangannya dibuang ke luar. Telinganya menangkap suara pembaca berita stesen radio di Amman. Setiausaha Negara Amerika Syarikat dilaporkan akan menemui Benjamin Netanyahu di Tel Aviv untuk membincangkan proses damai di Timur Tengah. Thariq tidak berminat untuk terus mendengar. Semua itu pembohongan semata. Sidang damai tidak pernah menguntungkan Islam. Israel dan Amerika Syarikat sama sahaja. Cuma mereka yang masih tidak sedar.
Thariq mematikan radio. Nafasnya ditarik panjang-panjang. Sejak tadi, dia tidak keruan. Surat yang baru diterima dari Sandora hampir renyuk di tangan. Berita yang cukup menyedihkan. Dia tidak tahu bagaimana mahu memberitahu ibunya. Atmanya sendiri hampir tidak terkawal. Sukar untuk menerima kenyataan.
Bayu dingin dari Mediterranean terus berpuput. Sejuk. Thariq merapatkan jendela. Detik itu, sebak mula menggempur di dada. Hatinya bagaikan merusuh dan meronta-ronta. Turut sama terasa derita Palestin yang kehilangan tanah airnya. Sedang dia pula baru kehilangan saudaranya. Nasib mereka barangkali memang telah ditakdirkan; serupa.
----------------------
Oleh Zaid Akhtar
(artikel ini diambil didalam satu web IKIM penulisan artikel)